Adakah anda mengalami kencing manis ketika hamil? Tentunya anda hairan kerana sebelum hamil, anda tidak pernah mempunyai sebarang masalah pun. Tahukah anda, keadaan ini dipanggail sebagai “gastational diabetes”.

Kebiasaannya terjadi disebabkan oleh paras gula (glukos) melebihi paras normal. Keadaan jangka pendek ini berlaku semasa hamil sahaja dan paras gula tersebut kembali ke paras normal selepas bersalin.

kencing manis ketika hamil

 

Perubahan Metabolisma Dalam Badan Penyebab Kehadiran Kencing Manis

Pankreas kita akan menghasilkan hormon dipanggil insulin, dimana tugasnya ialah membantu gula dalam darah (glukos) untuk masuk ke dalam sel untuk digunakan atau disimpan.

Apabila seseorang wanita hamil, plasenta akan menghasilkan hormon yang dapat membantu untuk tumbesaran dan pembangunan seseorang bayi.

Hormon tersebut menyebabkan sel-sel ibu menjadi kalis terhadap insulin dan membawa kepada kalis insulin. Disebabkan itu, pankreas ibu perlu bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak insulin mengatasi masalah sel kalis terhadap insulin.

Jika persediaan pankreas adalah bagus, insulin yang dihasilkan akan meningkat untuk memenuhi keperluan si ibu.

Bagaimana pula jika persediaan pankreas adalah terhad? Maka penghasilan insulin menjadi tidak mencukupi dan paras gula dalam darah akan meningkat setrusnya ibu yang hamil akan mengalami kencing manis.

Kebiasaannya ia akan bermula selepas 3 bulan hamil, ini adalah kerana plasenta telah membesar dan dapat menghasilkan lebih banyak hormon.

 

gdm

 

Apakah Simptom – Simpton Kencing Manis Ketika Hamil?

Pada kebiasaannya penyakit ini dapat dikesan melalui ujian air kencing dan ujian darah ketika hamil. Sekiranya anda sudah mempunyai kencing manis daripada sebelum hamil, maka ianya menjadi lebih sukar dikawal semasa hamil.

Sekiranya anda mempunyai simptom – simptom seperti berikut, sila berjumpa dengan doktor anda dengan segera.

  • Sentiasa dahaga
  • Kehilangan berat badan
  • Makan dalam kuantiti banyak
  • Kerap kencing
  • Keletihan tanpa sebab

Apakah Risiko Yang Terjadi Kepada Ibu Dan Anak?

1) Risiko Pada Ibu

  • Mendapat pre-eclampsia (tekanan darah tinggi dan lebihan protein dalam air kencing)
  • Jangkitan vanigal moniliasis (jangkitan faraj)
  • Jangkitan pada luka bersalin menyebabkan luka lambat sembuh
  • 50% boleh menghidap diabetes tahap kedua di kemudian hari

2) Risiko Pada Bayi

  • Bayi mati dalam kandungan
  • Saiz bayi terlalu besar
  • Berisiko untuk hipogliseme (terlalu banyak insulin, gula dan mineral penting dalam darah terlalu rendah menjejaskan tumbesaran)
  • Bayi kuning (jaundice)
  • Bayi sukar bernafas
  • Air ketuban berlebihan (polyhydramnions) yang membawa kepada kelahiran pra-matang dan kematian bayi dalam kandungan
  • Lebih mudah mendapat obesiti atau kencing manis ketika dewasa.

 

Amalan Pemakanan Yang Harus Diambil Oleh Pesakit Kencing Manis Ketika Hamil

Salah satu sumber tenaga bagi badan anda ialah gula (glukos). Badan anda menggunakan sejenis hormon yang dipanggil insulin untuk mengawal jumlah gula dalam darah dan menukarkan kepada bahan bakar untuk digunakan oleh badan.

Jika anda menghidap kencing manis ketika hamil, badan anda tidak dapat menghasilkan cukup insulin.

Cara yang terbaik untuk mengawal gula dalam darah adalah dengan mengubah cara pemakanan dan bersenam setiap hari.

Tetapi harus diingatkan juga, anda perlu berhati – hati ketika berdiet untuk mengelakkan daripada tahap gula dalam darah tidak meningkat atau naik mendadak.

 

BACA : Cara Mudah Mengatasi Sembelit Ketika Hamil & Berpantang

Bagaimana Saya Perlu Memperbaiki Diet Saya Ketika Hamil?

 

gi rendah

 

1) Sarapan Pagi

Sarapan yang sihat akan dapat membantu mengawal tahap gula dalam darah sepanjang hari. Cuba ambil sarapan yag rendah GI. Bubur ialah satu pilihan yang baik kerana ia membebaskan tenaga secara perlahan – lahan dan setara.

Anda juga boleh memilih bijirin atau roti bijian penuh dengan sedikit makanan berprotien tinggi seperti telur rebus atau yogurt rendah lemak.

2) Makan Pelbagai Jenis Makanan Berkhasiat Pada Waktu Siang

Makan dengan kerap tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Pastikan makanan anda tinggi dengan serat dan biasanya makanan yang tinggi serat mempunyai tahap GI yang rendah. Ini perlu untuk mengelakkan tahap gula dalam darah anda menjadi terlalu tinggi selepas makan. Banyakkan mengambil

  • Buah – buahan
  • Sayur – sayuran segar
  • Roti dan bijirin sarapan daripada bijian penuh
  • Kekacang yang dikeringkan

3) 5 Hidangan Setiap Hari

Pastikan juga anda makan sekurang – kurangnya lima hidangan buah – buahan dan sayur – sayuran setiap hari :

  • Campurkan buah – buahan ke dalam bijirin sarapan atau yogurt anda
  • Tambah salad kepada sandwich anda sewaktu makan tengahari
  • Pilih dua jenis sayur – sayuran dengan hidangan waktu makan utama
  • jadikan buah sebagai snek berbanding biskut atau kek
  • Amalkan Vitalea Shaklee – Ini kerana Vitalea adalah Multivitamin yang lengkap dengan membekalkan 19 vitamin dan mineral lengkap untuk menyokong tumbesaran bayi dan kesihatan ibu.

4) Kurangkan Lemak Terutamanya Lemak Tepu

  • Memperbanyakkan lagi makanan yang direbus dan dipanggang
  • Guna minyak zaitun atau bunga matahari untuk memasak
  • Gantikan mentega dengan sapuan lain yang tinggi kandungan lemak poli tidak tepu
  • Buang lemak pada daging atau ayam

5) Jangan Tinggal Waktu Makan

Setiap hari makan pada masa yang sama dengan jumlah yang sama. Cara ini dapat membantu tahap gula dalam darah anda kekal stabil

6) Kurangkan Makanan & Minuman Manis

Anda seharusnya mengurangkan kuantiti atau sebaik – baiknya elakkan terus gula – gula, minuman berkarbonat, jus buah – buahan dan kebanyakkan pencuci mulut yang lain.

Makanan seperti ini mengandungi gula ringkas yang mudah diserap oleh badan. Ia boleh meningkatkan lagi tahap gula dalam darah dengan cepat

Apa yang boleh anda lakukan ialah dengan cairkan jus buas dengan air. Campurkan kira – kira 1/4 jus dengan 3/4 air dan minum sekali sehari. Pada masa lain, banyakkan minum air kosong.

7) Apa Akan Terjadi Sekiranya Saya Tidak Dapat Mengawal Kencing Manis Saya?

Mencegah lebih baik daripada mengubati, malah anda sendiri yang perlu mengawal nafsu dan kehendak makan anda. Kebiasaannya ibu hamil memang akan teringin mengambil pelbagai jenis makanan.

Tetapi sekiranya anda teruskan juga dengan nafsu anda tentunya ia akan menjadi lebih teruk lagi.

Kadang – kala, bila sudah tidak terkawal, anda perlu juga mengambil ubat ataupun suntikan insulin. Oleh yang demikian :

  • Kawal pemakanan anda
  • Makan Makanan yang seimbang
  • Minum banyak air masak
  • Jangan tinggal makan
  • Ambil buah jika lapar
  • Membuat senaman ringan
  • Ambil Suplemen untuk melengkapkan keperluan harian anda

8) Apakah Suplemen Yang Sesuai Untuk Kencing Manis Ketika Hamil?

Vitalea Shaklee

vita-lea

  • Mengandungi 28 Vitamin dan Mineral lengkap untuk menyokong tumbesaran dan kesihatan ibu hamil.
  • Mengandungi chromium untuk mengekalkan tahap normal glukosa dalam darah dengan meningkatkan penggunaan insulin oleh badan.

 

B Complex Shaklee

b-complex

  • Membantu menukarkan glukosa yang berlebihan di dalam darah kepada tenaga.
  • Membantu mengurangkan keletihan.
  • Menyokong proses metabolisme gula dan pembebasan tenaga kepada sel badan.
  • Lengkap dengan kesemua 8 jenis vitamin B termasuk asid folik yang penting untuk perkembangan saraf bayi.

 

Ostematrix Shaklee

ostematrix

  • Membekalkan Magnesium kepada ibu hamil (kekurangan mangnesium antara punca kencing manis)
  • Mengaktifkan pankreas untuk mengatasi masalah kencing manis
  • Membekalkan kalsium magnesiam sepenuhnya bagi pembesaran bayi dan kesihatan ibu hamil.

 

Vitamin C

Vitamin C Shaklee

  • Memperbaiki toleransi glukosa di dalam darah serta kadar vitamin C yang tinggi akan menrendahkan kadar sorbitol yang merupakan sejenis glukosa berbahaya yang terkumpul di dalam darah.

 

Zinc

zinc-complex

  • Membantu penghasilan lebih banyak insulin
  • Menaikkan imun sistem.
  • Memperbaiki parut dan luka. Ini kerana ramai diantara mereka yang lambat sembuh daripada luka.

 

ESP Shaklee

esp-soy-protein

ESP-INDEKS-GLISEMIK-RENDAH-1

  • GI rendah dan bacaan hanya 39
  • Membantu seimbangkan insulin dalam darah
  • Memberi tenaga dan Cepat kenyang
  • Membantu penyerapan vitamin dengan lebih baik

 

Korang tau tak..

Jika dibiarkan, tak mustahil kencing manis ni akan datang semula semasa kandungan yang seterusnya.

Pesanan saya, jagalah kesihatan diri anda dan juga bayi dalam kandungan anda. Kalau kita sakit, kesian dekat bayi kita nanti. Malah ada juga kes yang bayi baru lepas lahir turut sama mengidap kencing manis tau.

Bayangkan bayi baru lahir dah ada penyakit tersebut. Bagaimana dia nak diet ketika masih kanak2? Kita sendiri pun tahu yang budak2 memang suka makan kek, coklat, ais krim, gula2 dan macam2 lagi kan. Sedangkan kita yang dewasa juga turut “terbabas” ketika diet..hehe..betul tak?

Ibu harus menjaga kesihatan dan amalkan kehidupan yang sihat. Ambil makanan seimbang dan makanan tambahan yang secukupnya.

Jika anda inginkan makanan tambahan daripada Shaklee, sila hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 saya akan guide anda.

ATAU,

Anda juga boleh membuat pesanan sendiri semudah ABC dengan hanya klik sahaja icon di bawah.

 

order-sekarang-juga

 

ATAU

Pengedar Shaklee dan Cod Shaklee Ipoh

 

 

Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!

 

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

Dilla Jalil (facebook)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

 

 

 

Tagged with →  
Share →

14 Responses to Kencing Manis Ketika Hamil, Apakah Diet Yang Sesuai Untuk Anda?

  1. Faiz Saaid says:

    kesian orang kencing manis, tak boleh makan nasik

  2. titan says:

    wahh..ini memang bahaya nih..

  3. Masa saya hamil anak kedua dulu pun menghidap kencing manis, nasib baik ada set shaklee ketika itu. Gula dalam darah tetap terkontrol dan alhamdulillah bersalin dengan selamat. Set kencing manis shaklee memang terbaik.
    nila anggraini menulis…Meriahnya Acara Perpisahan Menyambut Cuti Sekolah di Tadika Alfa OmegaMy Profile

    • MamaQaireen says:

      Alhamdulillah, nasib terjumpa dengan shaklee. GDM ni seksa sikit sebab ibu hamil kena pantang makan, biasanye ibu hamil mmg “pantang” tengok..hehee

  4. Zatul says:

    Masa 2nd pregnant hampir 3x kena minum air gula sebab berat naik mendadak dan keturunan. Alhamdulillah free diabetis sehingga bersalin.
    Zatul menulis…Cara Atasi Haid Tidak Teratur Agar Suami Senyum SelaluMy Profile

  5. Azeni Ahmad says:

    Kadang2 ibu yang mengandung pun tak sedar dia kencing manis kan.
    Tapi daripada tanda2 awal boleh tahu yang badan ada kencing manis.
    Kalau boleh memang nak elak sebab masa mengandung bahaya pada ibu dan bayi kan.
    Azeni Ahmad menulis…5 Tanda Awal Simptom Diabetes Untuk Ibu MengandungMy Profile

    • MamaQaireen says:

      tulah..bahaya.
      Tak tahu ada kencing manis, pastu best pula setiap pagi minum milo ais..nayaaaaa…hehe

      • Norm says:

        Bila sepatut nye kne mnm air gula ye? Saya 9bln kne mnm utk kli ke2. Trus sangkut kncg manis. Cne nak diet ni?

        • MamaQaireen says:

          Ikut keadaan, jika ada keturunan yg mengidap menyakit tu..lepas tu pula berat badan naik mendadak..nurse mmg akan bagi minum air gula.
          Tapi kalau kesihatan ok..lepas minum air gula bacaan still ok.
          Ada sesetangah org hanya kena pada waktu hamil sahaja. Lepas je baby keluar..kencing manis pun hilang 🙂

  6. Puan hanim says:

    saya pun pernah ada pengalaman kencing manis masa 1st pregnancy.. Risiko lahir bayi bersaiz besar
    Puan hanim menulis…Yuran Al-Baghdadi PlayTime Centre (APC) Bandar Saujana Putra 2016My Profile

  7. Mama Erza says:

    Hi…nak tanya ni..kalau pregnant boleh makan Zinc tak? Sebab kalau tak silap salah satu fungsi zinc ni mengecutkan rahim kan?

Leave a Reply to Azeni Ahmad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge