Pasti ramai antara kita mengetahui akan kepentingan air dalam badan manusia. Air adalah merupakan elemen terbesar dalam tubuh badan kita. Boleh dikatakan 70% daripada kandungan tubuh badan kita adalah terdiri daripada air.
Oleh sebab itu kita sering dinasihatkan meminum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari. Terdapat satu kajian yang mencadangkan bahawa setiap orang dewasa digalakkan mengambil air 2.5 liter setiap hari. Ini adalah berdasarkan kepada kiraan satu mililiter air diperlukan untuk setiap kalori makanan. Orang dewasa memerlukan kira-kira 2500 cal setiap hari.
Jom kita selidik kepentingan air dalam badan kita:-
Air meningkatkan kadar metabolisma
Air boleh meningkatkan kadar metabolisma badan dan membantu untuk berasa kenyang. Minumlah sedikit air sebelum makan, pasti anda akan berasa kenyang dengan lebih cepat. Apabila kenyang, pasti ia akan mempengaruhi pengambilan makanan anda yang mungkin juga membantu bagi mengekalkan bentuk tubuh badan yang ideal.
Air membantu meningkatkan tenaga anda.
Apabila anda berasa letih dan haus, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalamidehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.
Air mampu mengurangkan stress
Apabila anda mengalami dehidrasi, badan dan minda anda juga akan turut berasa stress. Apabila anda berasa haus sahaja, itu memberikan signal yang anda mengalami dehidrasi. Maka minumlah dengan lebih kerap.
Bentuk otot anda dengan air
Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot-otot di dalam badan.
Mencantikkan kulit anda
Salah satu kesan dehidrasi yang berterusan, kulit akan menjadi kering dan boleh membuatkan garisan-garisan halus dan kedutan menjadi lebih ketara. Dengan kerap meminum air, kulit akan dihidrasikan dan menjadikan muka anda nampak lebih muda dan cantik. Ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.
Air melancarkan proses penghadaman
Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan menjadikan ia mudah untuk dikeluarkan melalui saluran penghadaman.
Kekurangan air menyebabkan tubuh menyerap air daripada najis dan seterusnya boleh menyebabkan sembelit. Ia juga boleh menyebabkan usus besar menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk proses kumbahan.
Air mengurangkan pembentukan batu karang
Pembentukan batu karang secara amnya adalah keadaan di mana garam dan mineral di dalam air kencing membentuk kristal kesan daripada kurangnya air di dalam badan untuk melarutkan garam dan mineral di dalam air kencing. Kurangkan risiko ini dengan meminum air dengan lebih banyak.
Air menstabilkan suhu badan
Anda disarankan mengambil air dengan kadar yang banyak untuk menstabilkan suhu badan, terutamanya jika mengalami demam panas.
Perlu diingat, pengambilan air bagi mereka yang mengambil suplemen tambahan haruslah lebih sekurang-kurangnya 3L sehari. Boleh baca di SINI
Kehilangan air dalam badan juga boleh dikurangkan dengan meminum minuman isotonik. Untuk mendapatkan isotonik secara semulajadi tanpa ada bahan campuran atau pemanis anda boleh mencuba minuman bertenaga Performance Drink . Performance Drink juga sangat sesuai di minum sewaktu bersahur bagi mereka yang ingin berpuasa.
Berminat? Hubungi saya:
Dilla Jalil | 017-5657552 [SMS/WhatsApp dialukan] | admin@mamaqaireen.com
||Dapatkan konsultasi PERCUMA dengan pembelian dari MamaQaireen Shoppe||