Sepanjang cuti sekolah ni anda tidak pergi kemana2? Apa kata sebelum cuti sekolah ni habis, anda bawa anak2 datang ke Ipoh. Haa…jangan tak tahu, Ipoh sekarang banyak tempat yang menarik tau.
Bagi saya lukisan 3D antara tempat menarik di ipoh yang wajib anda kunjungi iaitu di Funtasy House Trick Art.
Jika anda berada luar dari Perak, anda boleh booking hotel disekitar Ipoh dan bolehlah berjalan bersama family pada waktu siang dan malam. Town Ipoh ni pun dah banyak hotel bajet yang baru dan cantik2.
Bagi saya lebih mudah tidur di Town, ini kerana pada waktu malam anda boleh berjalan kaki di sekitar stasen keretapi, gerbang malam dan makan2 di padang dataran Ipoh berhadapan bagunan Majlis Bandaraya Ipoh.
Waktu siang pula, anda boleh pergi ke Pekan Lama. Jika anda memang suka berjalan kaki. Saya cadangkan anda parking kereta berhampiran Masjid Negeri. Dari situ anda hanya perlu berjalan sedikit untuk ke Lukisan 3D Funtasy House Trick Art.
Sebabnya, kawasan tersebut agak sukar untuk cari parking. Nasihat saya, lebih mudah anda parking di sebelah Masjid dan sambil2 tu boleh melihat kecantikan bagunan antik di Ipoh.
Selain daripada tu juga, anda boleh berjalan disekitar Jejak Warisan Heritage Ipoh dan Kong Heng Square (tempat paling best untuk tangkap gambar). Di Kong Heng Square juga terletaknya Muzium Yasmin Ahmad (bersebelahan dengan Plan B).
Dah selesai bergambar di Jejak Warisan Heritage Ipoh, anda pun boleh teruskan perjalanan untuk ke Lukisan 3D. Anda boleh teruskan perjalanan melalui lorong seperti gambar diatas.
Jika anda melalui Masjid Negeri, pastikan Masjid berada disebelah kanan manakala Dewan Bandaraya berada disebelah kiri anda. Selepas tu anda boleh melintas jalan besar dan terus masuk ke Jalan Market.
BACA : Cara Packing Barang Dan Baju Untuk Travel

Gambaran – Berhadapan Bagunan 3D Funtasy House Trick Art

Bagunan No 2 belah kanan, dari simpang masuk Jalan Market
Jika anda menggunakan Waze atau GPS, anda boleh cari di alamat ini No 16, Jalan Market, Ipoh atau menghubungi galeri tersebut di talian 05 2550 007 atau emel ke ask@funtasyhouse.com
Bila dah sampai Jalan Market ni, mestilah anda tak sabar untuk bergambar kan? Untuk pengetahuan anda tiket untuk masuk ke dalam bagunan tersebut adalah seperti berikut :
Tiket Dewasa: RM15
Tiket Kanak2 / Student / Warga Emas : RM10
Tikert Pelancong Asing : RM19
Kanak2 bawah 3 tahun ke bawah : PERCUMA
Rumah terbalik pun ada tau. Hehehe…Oh ye..lupa pula saya nk inform.
Funtasy House Trick Art ini dibuka setiap hari bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang (Isnin-Jumaat) dan 9 pagi hingga 8 malam (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum).
Bila2 free sila lah datang. Banyak lagi tempat2 menarik sebenarnya di Ipoh ni. Untuk yang terkini lukisan 3D antara tempat menarik di Ipoh yang wajib pergilah kalau datang ke Ipoh.
Sebelum berjalan, jangan lupa ambil PD dan Cinch Tea untuk kekal bertenaga sepanjang hari.
Selamat bercuti, hanya di #ipohipohaje 😉
****************
Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
COD : KFC Medan Gopeng
Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)