Assalamualaikum
Hari ni saya nak cerita sikit tentang persediaan sebelum dan ketika menunaikan umrah. Biasa tak dengar bila balik umrah ramai yang kena batuk dan sakit2. So kali ni saya ada beberapa tips persediaan umrah supaya badan kita kekal sihat setiap hari.
Ceritanya macam ni, bulan lepas mak mertua saya baru sahaja selesai menunaikan umrah. Alhamdulillah sepanjang buat bisnes Shaklee ni, macam2 juga yang saya dapat. Tahun 2013 saya dapat 2 tiket ke Sabah, tapi tak pergi sebab dalam pantang.
Tahun 2014 saya dapat 2 tiket ke US, Alhamdulillah merasa juga naik flight 20jam. Sampai nak kematu ponggong, hehe.
Manakala tahun 2015 baru2 ni, saya telah membuat keputusan nak bagi tiket Umrah & Melawat ke Abu Dhabi dekat mak mertua saya pula.
Kali Pertama Berjalan Jauh & Menaiki Kapal Terbang
Untuk pengetahuan semua, ini kali pertama mak mertua saya naik flight tau. Mula2, kami anak beranak risau gak. Tapi Alhamdulillah, bila kita serahkan semuanya pada Allah. Allah mesti akan bantu kita kan 😉
Sebelum saya ceritakan keadaan mak mertua saya di sana dan apa yang dia ambil sehingga kekal sihat sehingga balik ke Malaysia, saya akan share sikit keperluan beliau semasa menunaikan umrah dan bekalan yang kami bagi.
Kalau korang nak buat ni sebagai check list pun boleh. Sila..sila..silakan.
Check List Persediaan Untuk Menunaikan Umrah
Sangat2 Penting :
- Passport – kalau tak de ni, memang tak lepas lah kan?
- Duit Secukupnya – mak mertua saya bawa 2 wallet. 1 duit untuk ke Abu Dhabi. 1 lagi untuk kegunaan di Madinah & Mekah, duit Malaysia jangan lupa spare sikit. Kot2 apa2 hal di KLIA nanti.
- Kad ATM – kot2 terover belanja, kad ada..hehe..tapi jangan lupa inform dengan bank dulu sebelum pergi.
Penting
- Telekung – bawak dalam 3 helai pun dah cukup rasanya. Kain tak payah bawa.
- Tudung – ikut suka nak bawa tudung apa. Bawa dalam 3 ke 4 helai
- Jubah / Baju kurung – 3 ke 4 helai. Rasa tak cukup beli je dekat Madihan. Banyak dan murah mak mertua saya cakap.
- Stokin – 5 pasang. Kebetulan tengah musim sejuk, so saya bawakan stokin jenis wool 2 pasang, stokin biasa 3 pasang. Ada orang suka stokin yang ada getah dekat bawah. Ada orang pula tak suka. Kalau nak senang, korang try pakai dulu. Ikut keselesaan masing2.
- Pakaian Dalam – pandai2 lah nak bawa bnyak mana, lagi pun boleh basuh 😉
- Kasut / sandal – kasut untuk berjalan, sandal untuk ke masjid. Cari sandal yang jenis sarung, senang sikit. Tak de stokin melekat dekat jari kaki.
- Towel kecil – kot2 nak lap muka
- Anak tudung – ikut suka
- Baju tido – ikut suka
- Tights / kain dalam – pakai sekali dengan jubah atau kain baju kurung
- Sweater – hujung tahun sejuk, kalau tak biasa ekon dalam hotel..so boleh pakai sweater gak. Dalam flight pun sejuk gak.
- Bantal Tengkuk – nak tidur dalam flight
- Stongan / handsock – ikut suka, bawalah dalam 3 ke 4 pasang
- Toiletries – ikut suka..biasanya kita akan bawa berus gigi, ubat gigi, cuci muka kan?
- Sunglasses – bukan untuk bergaya, tapi nak cover mata daripada pancaran matahari.
- Mask – tengah kuat habuk, bolehlah pakai.
- Uncang Kasut – nanti nak letak kasut / sandal bila dah masuk Masjid
- Kasut Saie – macam stokin, tapi tebal sikit
- HP, Charger & Universal Plug – kalau tak bawa semua ni, mau termenung jap..hehe
- Lip Balm & Krim – untuk lembapkan bibir dan kulit. Boleh beli dengan kedai umrah
- Pantyliner / Pad – “sediakan payung sebelum hujan” gittew
- Tisu basah / Tisu – senang nak buat lap
- Tupperware – senang nak tapau makanan & air zam2 untuk bawa balik ke bilik
- Botol Spray – untuk ambil wuduk dalam flight atau mana2 tempat yang memerlukannya
- Ubat2 – kita bukan nak minta sakit, tapi spare jelah macam ubat demam dan sakit kepala. Minyak angin, minyak urut, minyak gamat…ikut sukalah nak bawa apa pun.
- Suplemen – macam2 mak mertua saya bawa. Nanti saya akan cerita bab ni. Alhamdulillah, dia elok sihat. Balik ke Malaysia pun Alhamdulillah tak de sakit, demam, batuk dan selsema. Buat saie pun tak sakit lutut. Syukur sangat.
Lain – lain
- Al-Quran & tafsir – kalau tak nak bawa pun tak pe. Dekat masjid pun ada.
- Majmu’ Syarif – utk baca doa Akashah, doa Haikal, dan mcm-mcm lagi.
- Ma’thurat – zikir utk dibaca pagi dan petang
- Yasin & tahlil
- Buku panduan solat sunat – rugi kalau tak buat solat sunat banyak2 dekat sana
- Buku panduan ibadah umrah
- Tasbih digital
Kurang Penting:
- Beg spare – biasalah, selalunya pergi 1 bag, balik terberanak pulak bag
- Alat Jahitan / Pin – spare je, senanglah kot2 butang jubah tercabut
- Nail Clipper – boleh potong kuku sebelum berihram
- Gunting Kecil – untuk bertahallul. Masuk dalam bag besar tau. Kalau bawa naik atas fligh, nanti diorg akan rampas.
Haaaa..itulah serba sedikit (banyak gak lah..hehe) barang yang mak mertua saya bawa. Kebanyakkannya kami beli di kedai umrah, tapi dekat kedai biasa pun ada gak. Yang mana boleh jimat, kita jimat.
BACA : Cara Packing Barang Untuk Travel (sila klik)
Pengambilan Suplemen Shaklee Menjadikan Anda Kekal Sihat Ketika & Selepas Umrah
Masa sampai di Abu Dhabi mak mertua saya ok sihat. Masa ni dia berjalan sakan lah kan? Pastu masa sampai di Madinah, tiba2 dia rasa macam “seram2 sejuk” pula..rasa macam nak demam.
Mungkin sebab tak henti2 berjalan. Pastu perubahan cuaca lagi. Malam pula tido dekat ekon je. Dekat umah dia tak pernah pula tido guna ekon. hikhik..
Tapi nasiblah 1 malam je dia jadi macam tu. Esoknye kawan Shaklee saya hantar Video dekat group WhatsApp, dia tengah bershopping jubah lepas solat Subuh. Haaaa..gelak besar aku!
Ni semua suplemen yang saya bagi dekat mak mertua saya. Alhamdulillah dengan izin Allah dia sihat sehingga pulang ke Malaysia.
Mak mertua saya ada masalah tekanan darah tinggi, kencing manis dan sakit lutut (biasalah orang tua kan?) So semua yang saya bagi ni. Lengkap untuk menyakit 3 serangkai, kecergasan dan kesihatan harian.

Setiap hari wajib ambil Nutriferon untuk Kekal Sihat Sepanjang Hari
Saksikan Video Rakan Saya Bersama Set Umrah Shaklee Untuk Kekal Bertenaga
Set Umrah By AInul Malik from iReach HD on Vimeo.
Yang Mana Satu Suplemen Sesuai Untuk Saya Ketika Umrah?
Kalau anda rasa semua tu macam banyak sangat kan? (actually tak banyak pun, kesihatan adalah segala2nya kan?) Anda boleh ambil mengikut package dibawah ni.
1.0 Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga
2.0 Untuk Bertenaga Sepanjang Hari
3.0 Untuk Alasi Masalah Sendi dan Lutut
4.0 Testimoni Menunaikan Umrah dan Mengambil Shaklee

Sahabat Shaklee saya punye mak ada masalah sakit lutut. Saie pertama dia terlupa ambil Vivix. Lepas dah ambil Vivix, barulah sihat dan bertenaga. Alhamdulillah.
Jika anda nak menunaikan umrah dalam keadaan yang sihat, ceria dan bertenaga sepanjang hari. Saya sangat2 cadangkan anda ambil Shaklee. Bila badan sihat, baru seronok kita nak melakukan ibadah betul tak?
Untuk dapatkan Set Umrah, anda boleh hubungi saya Dilla Jalil 017.565.7552 atau klik sahaja icon di bawah ni.
ATAU
Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.
Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!
Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
COD : KFC Medan Gopeng
Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)