Assalamualaikum,
Hari ni saya nak share sikit petua yang paling mudah sekali. Petua ni sangat bagus untuk anda yang baru nak berjinak2 dalam dunia masakan. Biasalah, dulu masa anak dara mak yang masak. Bila dan kawin, kita kenalah masak untuk suami pulak..kan?
Biasanye bila kita google resepi. Mesti blogger2 ni tulis “garam secukup rasa”. Secukup rasa tu banyak mana? Letak punye letak, dah jadi garam terlebih rasa..hehee. Kalau macam tu, jangan risau. Cuba amalkan petua kurangkan masin dalam masakan ni. 🙂
Entry ni wujud disebabkan kejadian yang berlaku terhadap diri saya sendiri tengah hari tadi. Macam biasalah saya akan masak untuk anak2. So hari ni permintaan Qaireen sambal ikan. Tengah seronok masak tiba2 Hasya datang dekat dapur. Hasya ni memang rajin orangnye. Walaupun umur baru 1 tahun 6 bulan. Hahaha…
Dia suka sangat duduk dekat dapur tau. Masalahnye, dia memang duduk dekat atas lantai dapur. Kakak dia dulu, jangan haraplah nak duduk dekat lantai tu. Sampai sekarang kalau masuk dapur mesti nak kena ada selipar. Ala2 ratu anak ku yang no 1 tu kan? 🙂
Saya ni pula kalau masak suka ambil garam dan gula guna tangan. Barulah jadi air tangan ibu gitu..hikhik..tapi pastikan kuku pendek yek.
Disebabkan melayan si Hasya dekat dapur, so saya pun ambillah garam dan gula guna sudu. Bila dah nak masak, saya rasalah sikit makanan tu. Rasa punye rasa….ya Allah! punyelah masin!!
So saya pun apa lagi, gunakan petua kurangkan masin dalam masakan dengan letak sedikit kentang. Macam mana saya buat? Jom teruskan membaca.
Petua Kurangkan Masin Dalam Masakan
Masakan hari ni Sambal Ikan Masin jadi Sambal Ikan Kentang Sedap
Ambil 1 biji kentang
Goreng sedikit
Masukkan semula masakan yang masin tu bersama kentang.
Letak air sikit, biar dalam beberapa minit dan angkat.
Senang kan? Tak pasal2 sambal ikan saya pun kering juga 🙂
Kalau anda masak kari atau makanan berkuah, masuk je lagi kentang dalam kuah tersebut. Biar sampai mendidih. Resepi yang ni saya goreng sikit kentang tu sebab saya masak sambal.
Sebab tu kalau masak makanan yang ada kentang, kita jangan masuk garam awal2. Biar dah mendidih, dah nak masak baru kita masukkan garam. Kalau tak, tawarlah lauk kita tu.
Nasib jugalah pandai olah rasa sambal, kalau idak tak pasal2 naik pula darah tinggi Baba Qaireen (Baba Qaireen tak de darah tinggi yek..gurau2 je) 😉
>> Cara Nak Turunkan Tekanan Darah Tinggi Untuk Elak Dari Terkena Stroke
Kalau tak repair rasa sambal tu, dia cakap..”alasannnnn….” macam dalam video yang saya nak share ni pulak..ahaks!
Saya Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.
So lepas ni, kalau masakan terasa masin. Tambah je kentang k. InsyaAllah kembali sedaplah semula masakan anda.
Selamat Memasak sehingga suami anda senyum lebar dan menggelang2 serta mangangguk2 kan kepala macam Baba Qaireen dalam video tu..Baba Qaireen nampak je macam tu, tapi sebenarnye seorang bapa yang sangat cool 🙂
Baba, Qaireen & Hasya
Kalau rasa petua ni bermanfaat, jemput share di FB atau Blog anda.. 🙂
*************
Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.
Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!
Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
Dilla Jalil (facebook)
COD : KFC Medan Gopeng
Anda nak buat berbisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)
hehe..
lain kali..letak air laut je. tak pun..ikang masin.
tak yah letak garam.
titan menulis…Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora
kekeke..kejam sungguh tu 😉
Ohhh gitu.. baru ku tau.. tq darling…
hehee, guna kentang je..senang je kan 😉