Asam pedas sedap memang susah nak jumpa, kalau nak masak lagi lah susah kan?
Rasanya dah bertahun-tahun saya cuba masak asam pedas. Tapi tak pernah sekali pun sedap. Sampailah saya terjumpa resepi bapa viral En Khairul Hakimin Muhammad dan saya cuba.
Akhirnya…..
1 family saya suka, sampai bertambah-tambah kalau saya masak asam pedas tau, hehe.
Ni dia asam pedas ikan merah. Memanga sedap (perasan, puji diri sendiri)
Tak nak buang masa, saya share bahan-bahan dan cara memasaknya.
Bahan-Bahan :
1 ekor ikan merah saiz sederhana (potong 4)
3 sudu besar asam jawa,
2 inci kunyit hidup,
5 biji bawang merah,
3 biji cili merah,
1 inci belacan,
1 genggam cili kering (kisar),
1 sudu besar serbuk kari ikan,
1 cekak daun kesum,
1 kuntum bunga kantan,
Bendi & tomato ikut suka,
Garam cukup rasa.
Cara – cara :
- Kisar kunyit hidup, bawang merah, cili merah, bawang merah dan belacan dengan minyak. Letak air sikit je, kalau banyak air tak sedap nanti.
- Tumis bahan-bahan yang dikisar awal tadi (no 1), lepas tu masukkan pula cili kering yang sudah di kisar sehingga betul-betul garing dan naik minyak.
- Masukkan 2 cawan air, lepas tu masukkan daun kesum. Selepas tu masukkan pula bunga kantan.
- Bila dah sebati masukkan serbuk kari dan biarkan mendidih.
- Lepas tu masukkan ikan, gaul-gaul sikit. Seterusnya masukkan bendi dan air asam jawa. Kalau pekat sangat, masukkan air lagi.
- Akhir sekali masukkan tomato dan garam.
Asam pedas ni kalau makan dengan nasi panas, kobis goreng & telur dadar. Uishhhh..mau bertambah sampai 3 pinggan. Untuk elak kolestrol, ambil Phytocol dulu, lepas makan ambil Omega Guard pula. Untuk elak kolesterol dan lemak “bermain-main” dalam badan. Hahahaha..
Semoga perkongsian saya hari ni memberi manfaat kepada semua.
Kalau dah try masak, jangan lupa komen ye.
Sharing is caring.
*********
Untuk dapatkan suplemen Shaklee anda boleh hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 atau klik sahaja icon di bawah untuk pembelian terus secara online.
ATAU
Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda berhak untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya sekiraya anda membuat pembelian daripada saya.
Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.
Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!
Pengedar Sah Shaklee : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
dillajalil@gmail.com (e-mail)
Anda nak buat berbisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)