Salam Ramadan.

Sekejap je masa dah berlalu, kita dah masuk 19 Ramadan. Petang ni buka puasa nak masak apa yek? Eh, pagi lagi dah tanye nak masak apa? Hehee.. Kalau tak tahu nak masak apa, apa kata korang try masak Ayam Goreng Berempah ni.

Setelah bertahun (wahhh bertahun gittew) barulah saya dapat resepi yang betul2 memikat hati dan perasan 😝

ayam goreng berempah

Jangan terliur plak tengok Ayam Goreng Berempah ni

 

Ceritanye macam ni, actually saya ni memang penggemar ayam goreng berempah . Tapi tak tahu resepi mana yang sedap, nasib lah ada hati nak mencuba. Malangnya setiap kali try masak, tak pernah lagi dapat 5 bintang. Sungguh mengecewakan.

1st cobaan saya masak ayam goreng berempah lepas saya pergi ke kuantan 2 tahun lepas. Masa tu saya makan Nasi Kukus Mama. Aduhhh sedap betul ayam dia. Dekat ayam tu saya jumpelah macam2 jenis rempah ratus. Bila balik rumah saya pun trylah 😊

Paling sedih bila dah blend semua bahan, bahan tu cair dan bila masak habis bersepah dan banyak membazir di kuali. Dah lah rempah2 tu jadi hitam,  tak melekat pula dekat ayam. Sedih betul. Korang pernah tak jadi macam tu? Sedih kan….

Tapi, akhirnya saya dah tahu apa rahsia yang membuatkan rempah2 tu elok je melekat dan tak membazir walaupun sedikit.

Oklah, tak mau buang masa lagi, ini resepi dan rahsianya..

Bahan – bahan :

1/2 ekor ayam
5 ulas bawang merah **
6 ulas bawang putih **
4 inci halia (anggaran) **
3 barang serai **
1 sudu teh ketumbar **
1 sudu teh jintan manis **
1/4 sudu teh lada hitam **
1/2 sudu teh serbuk kunyit **
2 sudu besar minyak masak**
Garam secukup rasa **

6 tangkai daun kari
3 sudu besar tepung jagung

** Blend semua bahan dengan sedikit air.

Perap ayam lebih kurang 15 ke 20 minit dan gaulkan sekali dengan daun kari dan tepung jagung.

Cara – cara :

1) Panaskan minyak dalam kuali. Minyak kena lebih sikit
2) Goreng ayam dengan api sederhana. Jangan terlalu kuat, takut bahagian dalam tak masak dengan sempurna dan belah luar hitam pula.
3) Siap untuk di hidang.

Rupa2nya rahsia untuk tak kasi rempah tu bersepah, ialah TEPUNG JAGUNG! Tepung jagung tu akan “mengikat” rempah2 tu dan kasi melekat dekat isi ayam. Bila rempah tu melekat, barulah sedap kita nak makan..kannnn? Walaupun bancuhan rempah tersebut cair, tapi rempah2 tu still lagi melekat diisi ayam bila digoreng. Emmmm…best kan?

Makan dengan nasi kukus atau nasi lemak memang superb sedap. Tapi kelmarin saya buka puasa dengan nasi lemak (sebab malas nak masak banyak lauk) kekeke.

Kalau ada lebihan ayam, boleh simpan di freezer. Nanti waktu sahur kita goreng je. Makan dengan nasi panas. Memang terbeliak biji mata yang kuyu waktu sahur tu.

Ohhh ye, kalau nak berbuka puasa dengan nasi lemak jangan lupa ambil Phytocol ST. Nasi lemak tak de kolestrol, tapi sambal ikan bilis dan ayam ada kolestrol. 🙂

Semoga sihat dan cantik di Aidilfitri.

Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa

 

 

*************

Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!

 

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

Dilla Jalil (facebook)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

Tagged with →  
Share →

2 Responses to Resepi Ayam Goreng Berempah Bila Goreng Rempah Elok Melekat Di Ayam

  1. Lin Chalo says:

    Woww.. memang terbaik la.. aku pun suka makan dengan nasi lemak sebab memang masuk sangat kan.. tq2.. nanti nak try resepi ni 🙂
    Lin Chalo menulis…Sup Ikan Merah Mudah & SedapMy Profile

  2. Tok Wan says:

    nanti nak balik…pusing kain pelikat dan terus masak…nak try cara goreng bertepung ni …apa apa pun tahniah dan terima kasih diatas perkongsian…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge