Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Beberapa hari yang lepas, suami saya nak makan ayam. Saya ingat nak masak, ayam masak lemak. Tapi dia tak mau pula. So jenuh lah fikir dan masak apa. Kalau boleh nak tukar sikit resepi.

Kebetulan dalam peti ais ada banyak serai dan daun kari. Mula2 ingat nak masak, Ayam Rendang Kasim (resepi turun temurun arwah mak saya). Tapi bercintalah pulak nak hiris bawang dan halia satu persatu.

Akhirnya datang satu idea..apa kata aku masak ala2 macam Ayam Rendang Kasim, tapi dengan rekaan aku sendiri. So akhirnya jadilah Ayam Masak Mamak. Nasiblah resepi ayam masak mamak sedap. Kalau tak sedap, sendiri masak. sendiri makanlah jawabnye..hehehe.

 

resepi ayam masak mamak sedap

Ok, tak mo buang masa lagi. Jom tengok apa bahan2 resepi ayam masak mamak sedap ni yang diperlukan.

Bahan – bahan :

1/2 Ekor Ayam (letak sedikit serbuk kunyit & garam) – goreng sehingga garing

1 Ulas Bawang Besar –  hiris

8 Ulas Bawang Merah – kisar

1 Labu Bawang Putih – kisar

4 cm Halia (agak2 je, tapi saya mmg suka letak banyak, kasi buang angin) – kisar

15 Tangkai Cili Kering – kisar

4 Tangkai Daun Kari

4 Batang Serai – ketuk

1 Sudu Gula

Sedikit Kicap & Garam Secukup Rasa.

 

Cara Untuk Masak :

1) Tumis bahan2 bawang merah, bawang putih dan halia sehingga separuh garing. Selepas itu masukkan pula cili yang sudah dikisar. Tumis sehingga garing dan betul2 naik minyak.

2) Masukkan bawang besar, daun kari dan serai. Jika terlalu kering, masukkan sedikit air lebih kurang 1/4 cawan (jangan letak banyak sangat, kalau cair tak best nanti). Biar seketika sehingga bawang besar sedikit lembut.

3) Selepas itu masukkan pula gula, garam dan ayam. Gaul sehingga sebati.

4) Akhir sekali masukkan kicap. Ikut selera masing2, nak hitam mana. Kalau jenis suka hitam, letaklah banyak sikit.

5) Siap untuk dimakan. Resepi ni kalau makan dengan nasi panas waktu sahur memang boleh tambah 2 pinggan woooo..

Itu sahaja resepi hari ni. Senang je kan? Bahan2 pun tak banyak.  Ni kiranye macam resepi orang malas pun ye juga ni!kekeke..

Tak kisahlah malas ke apa, janji sedap. Itu yang penting..betul tak?

Ok, selamat mencuba resepi ayam masak mamak sedap.

Sharing is Loving 😉

 

***********

Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!

 

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

Dilla Jalil (facebook)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat berbisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

Tagged with →  
Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge