Assalamualaikum,
Pagi tadi anda sarapan makan apa ye? Kadang2 kita ni tak de idea juga nak makan pagi. Tak kan setiap hari nak makan nasi lemak atau roti canai je kan? Bertambah lelemaks lah badan kita. Hehee..
Apa kata anda try resepi ni, resepi cucur roti sedap. Senang je, untuk bekalan anak ke sekolah atau minum petang pun boleh buat.
Kisahnya bermula macam ni. Dekat rumah saya biasanya kalau beli roti gardenia yang besar tu, memang sekejap je habis. Anak2 saya memang penggemar roti putih. Qaireen ni tekak omputeh sikit. Kalau mama masak mee goreng, dia langsung tak layan. Dia makan roti je.
Tiba2 minggu lepas, roti dekat rumah ni lambat pula habis. Bila tengok tarikh luput, dah 2 hari rupanya. Tapi roti tu elok je lagi, tak de kulat pun.
Nak bagi anak2 makan, rasa bersalah pula. Tapi kalau diri sendiri, bedal je……hehe.
Saya pun ambil jalan mudah dan mempelbagaikan masakan untuk dimakan. Maka terciptalah resepi cucur roti sedap (ikut tekak sendiri memang sedaplah) LOL.
Bahan – Bahan Resepi Cucur Roti Sedap
5 keping roti putih (potong dadu kecil2)
2 biji bawang merah (potong dadu kecil2)
1 biji cili merah (potong dadu kecil2)
2 biji telur ayam
2 sudu besar tepung gandum
2 tangkai daun sup dan bawang (hiris halus)
Sedikit ikan bilis (ditumbuk)
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Sedikit air
Cara Bancuhan & Masak :
1) Gaul kesemua badan sehingga sebati. Masukkan air sikit demi sedikit. Jangan terlalu banyak. Nanti cair tak sedap pula.
2) Panaskan minyak dan buat jemput2 bulat. Goreng dengan api sederhana
3) Terbalikkan cucur tersebut, dan biarkan seketika. Lepas tu boleh angkat.
Akhirnya..tadaaaaa….
Siap untuk dimakan. Cicah dengan sos cili thai memang best. Nak buat bento untuk ke sekolah pun boleh. Senang dan cepat untuk dimasak waktu pagi.
BACA : Resepi Puding Roti Sos Kastard Sedap
Kalau ikut selera saya, nak tukarkan ikan bilis tu ke tuna pun boleh. Kalau nak tambah isi ayam ke, atau jagung pun menarik juga..betul tak?
Jom kita pelbagaikan resepi untuk anak2 kita.
Selamat mencuba. Anak saya Hasya pun suka 😉
********
Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.
Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!
Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
Dilla Jalil (facebook)
COD : KFC Medan Gopeng
Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)
Tq dilla atas resepinya. Nak cuba gak la nanti..roti masih ada baki buat puding puding roti karamel..😍😍
Najihah Abdul Mutalib menulis…Resepi Puding Roti Karamel Yang Mudah dan Sedap
sila..sila kak jihah, yang penting sedap dan cepat dimasak, hehe
Sodap nampaknya.
Simple la..
Boleh try jugak la..
Senang je mcm buat jemput-jemput pisang je.
Azeni Ahmad menulis…5 Makanan Harian untuk Rawat Asma Secara Alami
daripada membazir roti ku, lebih baik ku jemput2kan dia.. 😛
Tadi serapan minum air je lah. Air Teo.
adarain menulis…Group Telegram Share Video Dan Muzik
minum air teh dengan biskut kering pun sedap gak tu 😉