Assalamualaikun dan Salam Sejahtera.

Hari ni saya nak share sikit resepi kek coklat sedap guna blender je untuk korang yang baru nak berjinak-jinak untuk buat kek. Cara nak buat kek ni senang sangat-sangat. Jangan risau, lepas korang ikut step by step yang saya share ni. Kek korang mesti menjadi punya lah.

Kek-Coklat-Kukus-Sedap-Guna-Blender-Je

 

Untuk kek coklat ni, saya buat kecil-kecil supaya senang anak-anak nak makan. Tapi kalau korang ada bekas besar, letak je dalam bekas besar tu. Kalau nak ikut macam yang saya punya ni pun boleh. Terpulang pada anda.

Ok tak nak buang masa lagi, jom tengok apa bahan-bahan yang diperlukan untuk buat kek coklat sedap ni.

 

Bahan – Bahan Kek Coklat Sedap

Kek-Coklat-Kukus-Sedap-Guna-Blender

Ni antara bahan – bahan yang saya gunakan untuk membuat kek coklat. Nasiblah semua ni senang nak cari. Kedai runcit depan rumah pun ada jual. Kalau tiba-tiba mengidam kek coklat, pergi kedai runcit jap. Pergi beli bahan-bahan semua ni. Balik rumah buat kek.

Petang hidang dekat suami tercinta. Cewahhh.

 

Kek-Coklat-Kukus-Sedap-Guna-Blender 3

Bahan – Bahan A (yang perlu dimasukkan ke dalam blender)

  • 3 Biji Telur Saiz A
  • 1 Cawan Minyak
  • 1 Cawan Susu Cair
  • 1 Cawan Susu Pekat
  • 1 Cawan Serbuk Koko (ayak terlebih dahulu)
  • 1/2 Cawan Gula (saya guna gula organic, guna gula putih biasa pun boleh)

Lepas semua ni dah masuk dalam blender. Korang blend bahan-bahan tu selama 5 minit dengan menggunakan kuasa paling min. Kalau tak de kuasa 1,2 aau 3. Tekan je lah “on”. Janji blender tu berpusing. Hahaha..

Tak perlu pening fikirkan cawan apa nak pakai. Pakai je apa-apa cawan yang ada dekat dapur tu. Yang penting semua benda yang diukur kena guna cawan yang sama.

Saya pakai cawan Ikea plastik tu je, sudu pula saya guna sudu teh yang biasa kita guna. Tak de sudu teh besi, guna je sudu Ikea plastik. Ukuran lebih kurang sama je. Senang kan? 😉

 

Kek-Coklat-Kukus-Sedap-Guna-Blender 2

Bahan – Bahan B (asingkan dalam bekas lain & perlu diayak)

  • 1 1/4 Cawan Tepung Gandum
  • 1/2 Sudu Kecil Baking Powder
  • 1/2 Sudu Kecil Sodium Bikarbonat
  • 1/2 Sudu Kecil Perisa Vanilla

Lepas tu satukan Bahan A & Bahan B. Kacau pelan-pelan sehingga mesra gitu. Sori, part ni saya terlupa nak tangkap gambar. Excited tak sabar-sabar nak siapkan kek. Hehe.

 

Jika Nak Kukus

Lepas tu bolehlah korang kukus dengan menggunakan api yang sederhana. Kukus selama 1 jam. Pastikan korang panaskan dulu tempat pengukus tu ye. Jangan masukkan kek baru nak kasi panas. Tak cantik kek tu nanti.

Lagi satu tips. Penutup pengukus tu kalau boleh balut dengan apa-apa kain supaya wap air tak jatuh menitik dekat permukaan kek coklat tu.

Nanti tak cantik kek coklat tau. Ada lembik-lembik bekas air pula.

Jika Nak Bakar

Kalau nak bakar pun boleh. Biasanya kalau bakar guna suhu dalam 180C lepas tu bakar lebih kurang dalam 45 minit.

Korang boleh guna api bawah selama 30 minit, lepas tu guna api atas 15 minit. Pastikan panaskan oven terlebih dahulu. Lepas tu masa bakar jangan banyak kali buka tutup oven tu. Kadang sebab kita tak sabar kan? Tapi kalau buat macam tu. Nanti lepas kek tu sejuk, kedebuk dia jatuh ke bawah.

Lepas tutup eletrik oven tu, biar jap kek dalam oven selama 5 minit. Idaklah dia terkujat dengan suhu yang tiba-tiba sejuk kan?

 

Sementara nak tunggu kek tu masak, korang jangan buang masa. Buat topping kek pula. Ni memang resepi turun temurun daripada arwah mama saya. Serius sedap! Tak percaya korang try hari ni juga.

Kek-Coklat-Kukus-Sedap-Guna-Blender 4

Bahan – Bahan Topping Kek Coklat Sedap

  • 1/2 Tin Susu Pekat
  • 1/2 Tin Susu Cair
  • 1/2 Cawan Serbuk Koko (ayak dulu)
  • 1/2 Cawan Tepung (ayak dulu)
  • 1/2 Buku Butter
  • 2 Sudu Besar Gula
  • 1/4 Sudu Kecil Nescafe (ayak dulu)

 

Kek-Coklat-Kukus-Sedap-Guna-Blender 5

Masukkan semua bahan-bahan dalam periuk dan buka api dengan menggunakan api yang sangat kecil. Bila rasa macam terlalu panas. Tutup je api tu dah teruskan kacau sehingga naik lenguh lengan baru boleh berhenti.

Senang tak berapa nak senanglah juga kan buat topping ni. Tapi topping ni yang akan buat suami dan anak-anak tak cari kek coklat orang lain dah. Dia nak mak dia juga yang buat.

Kek-Coklat-Kukus-Sedap-Guna-Blender 7

Dah sejuk sikit, bolehlah letak dalam mana-mana bekas atau letak je terus atas kek.

Kek-Coklat-Kukus-Sedap-Guna-Blender 6

Ni dia kek yang dah siap dikukus. Sedap dan membina lelemaks pada badan. Hahahaha….

Kek-Coklat-Kukus-Sedap-Guna-Blender 6

Yang ni lagi “kejam” kan? Selamat menjamu selera dan selamat mencuba Kek Coklat Sedap Guna Blender Je 🙂

Kalau rasa resepi ni senang dan boleh membantu ramai orang lain, jemput-jemputlah share dekat kawan dan family.

Sharing Is Loving gitu.

 

 

(IKLAN)

Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!

 

Pengedar Sah Shaklee : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

dillajalil@gmail.com (e-mail)

Anda nak buat berbisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

Share →

23 Responses to Resepi Kek Coklat Sedap Guna Blender Je

  1. Resep kue says:

    Resipi yang boleh membuat nafsu meningkat, terima kasih.

  2. Aleya says:

    Terima kasih awak… mmg jadi…. terima kasih banyak2

  3. Sly_Yls says:

    Saya nak buat kek ni guna resepi awak kejap lagik…. tq

  4. Sly_Yls says:

    Tq sis… rasa macam beli Kat kedai.. 😗

  5. Cik Cha says:

    Kalau takde baking powder apa akan terjadi?

  6. Thenewsia says:

    wahh sedapnya, terus rasa nak makan kek ja
    Thenewsia menulis…Semakan Keputusan Sekolah Kawalan 2018My Profile

  7. Jaja says:

    Menarik lah, nak cuba nanti. Thank you sharing 🙂
    Jaja menulis…Cara Mengatasi Jerawat Ketika Datang Bulan? Ini PenyelesaiannyaMy Profile

  8. Noriham says:

    Semangat nk try..skali tepung plak x de…bahan lain semua dh ready..haha..ade tepung dlm satu cawan je…tp sbb teringin sgt..buat jugak la stgh adunan..tp mjadi..gebu n lembut…tbaik la resepi ni..tq sis

  9. rOzie says:

    nk try lah…
    😋😋😋😋

  10. Suri says:

    Kalau guna tepung naik sendiri,kena guna jgk ke baking powder n soda tu sis?

  11. Yasmin says:

    Assalamualaikum.
    Terima kasih Mamaqaireen utk resipi ini. Saya nak cuba untuk anak2 saya. 🙂

Leave a Reply to Yasmin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge