Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni saya nak share salah satu resepi turun temurun daripada arwah mama saya. Resepi Mee Kari Sedap dan Mudah Dimasak namanye. Haaaa..saya berani kata sedap sebab memang sedap untuk dimakan, bukan cobaan lagi ni 😉
Ok tanpa membuang masa lagi, jom kita lihat apa bahan2 yang diperlukan untuk masak mee kari sedap ni (6 orang dewasa).
Bahan – Bahan A : Perlu dicelur dengan air panas mendidih.
- Mee Kuning 1 paket
- Sayur Sawi seikat (asingkan dahulu bahagian batang dan daun)
- Tauge 50sen
- Fish Kek 1 paket
Tapi saya tak celur fish kek dengan air panas tau. Saya potong halus2 dan saya goreng. Lagi sedap, sebab rasa rangup2 tak berapa nak rangup sikit, hehee. Nanti kita tabur je atas mee kari tu.
Ni lah rupenye fish kek yang dah siap digoreng. Walaupun rupenye tak berapa nak cantik. Tapi rasanye..nyum..nyum.
Tips Mudah Ketika mencelur:
Masak air dalam periuk sehingga mendidih. Lepas tu masukkan mee kuning. Sewaktu nak buang air panas tersebut, tapis mee kuning dan sediakan mangkuk yang berisi sawi dan tauge di bawah penapis.
Sawi dan tauge tak perlu celur lama2, nanti lembik dan tak sedap. Celur dalam 30 saat pun dah cukup.
Lepas tu, lalukan pula dengan air sejuk. Barulah mee kuning tu tidak melekat2.
Bahan – Bahan B : Hiasan
- Cili Merah – hiris
- Daun Sup & Daun Bawang
- Bawang Goreng
Saya ambil dalam 4 biji bawang merah dan hiris halus2. Pastu saya goreng dengan api yang pelan. Kalau rasa tak berapa nak rajin, boleh beli je dekat kedai runcit atau dipasar basah 🙂
Bahan – Bahan C : Kuah Kari
- Sedikit Isi Ayam (potong kecil)
- 8 Biji Bawang Merah
- 6 Ulas Bawang Putih
- 6cm Halia (anggaran)
- 2cm Lengkuas (anggaran)
- 8 Batang Serai
- Rempah 3 Beradik (kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga)
- 2 Paket Kecil Rempah Kari Ayam & Daging Babas
- Sedikit Ikan Bilis (dikisar)
- 1 Cawan Santan Pekat
- Secubit Gula
- Garam Cukup Rasa
Bahan C (i) – Dihiris Halus
- 3 Biji Bawang Merah
- 2 Ulas Bawang Putih
- 2cm Halia
Bahan C (ii) – Dikisar
- 5 Biji Bawang Merah
- 4 Ulas Bawang Putih
- 4cm Halia
- 2cm Lengkuas
- 5 Batang Serai
Bahan – Bahan D : Sambal Udang Kering
- 2 Biji Bawang Merah
- Sedikit Udang Kering (celur dengan air panas dahulu, supaya lembut)
- 3 Sudu Cili Boh / 15 Batang Cili Kering yang sudah dikisar
- 1 Sudu Besar Gula
- Garam secukup rasa
Cara – Cara Untuk Memasak Mee Kari Sedap
Cara Masak : Kuah Mee Kari Sedap
- Panaskan periuk dengan minyak masak. Tumis bahan C (i) sehingga separuh garing. Kemudian masukkan pula rempah ratus 3 beradik tu dan gaul seketika.
- Masukkan pula bahan – bahan C (ii) dan rempah kari ayam. Pelankan sedikit api dan masukkan sedikit air untuk mengelakkan daripada rempah menjadi hangit. Masak sehingga betul2 garing dan naik minyak.
- Masukkan 3 batang serai yang diketuk dan juga isi ayam serta air, biar sehingga isi ayam separuh masak.
- Selepas itu masukkan pula ikan bilis yang sudah dikisar.
- Biar sehingga mendidih, selepas itu masukkan pula santan dan tunggu sehingga mendidih untuk kali kedua pula. Jangan buka api terlalu kuat.
- Akhir sekali masukkan pula gula dan garam secukup rasa. Jika terlalu pekat, anda boleh tambah air lagi dan biar sehingga mendidih.
Tips : Kuah mee kari tidak boleh terlalu pekat, nanti muak bila dimakan. Kebiasaannya bila kuah dah sejuk, kuah tersebut akan menjadi sedikit pekat. So nanti pandai2 lah tambah air dan panaskan semula.
Cara Masak : Sambal Udang Kering
- Tumbuk bawang merah bersama udang kering. Selepas itu tumis sehingga garing
- Masukkan pula 3 sudu cili boh dan biar sehingga garing dan naik minyak
- Akhir sekali masukkan 1 sudu gula dan garam secukup rasa.
Sambal ni akan rasa pedas, manis dan masin sedikit. So memang gabungan yang terbaiklah bila makan dengan mee kari sedap ni.
Haaa….itu lah dia serba sedikit resepi turun temurun arwah mama saya. Nama bukan main lagi “mee kari sedap dan mudah dimasak, tapi macam tak berapa mudah je aku tengok“..mesti korang cakap dalam hati kan? heheee, jangan lah keciwa…practice makes perfect gittew.
Try dulu, resepi ni macam resepi mee kari cina tau. Sebab banyak letak serai dan makan dengan sambal udang kering.
Ohhh ye, lagi satu. Bab sukatan garam tu..sori lah yek..saya tak tahu berapa sukatan garam yang diperlukan. Sebabnye saya ambil garam guna tangan (barulah jadi air tangan isteri dan ibu, kekeke).
Kalau guna sudu masakan saya mesti tak menjadi. So kalau anda yang baru nak belajar masak. Apa kata tiru macam saya. 😛
Selamat Mencuba 🙂
–
–
–
–
–
–
–
–
(IKLAN)
Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.
Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!
Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
dillajalil@gmail.com (e-mail)
Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)
Nak masak mi kari dengan mudah?hubungi saya 0137976933 untuk dapatkan pes mi kari y sedap dan mudah.cod area kuala terengganu 😊
Dah try sedap sgt thanks
Bru nk cbe…thx 😍😍😍
Bru nk cbe…thx 😍😍😍
Betul tu kak dil. Nampak mudah tapi kelihatan agak payah untuk orang yang malas.hahah..
Tunggu mak ku datang kota bharu. Ku suruh dia masak dengan kasih sayang.😂
Anyway. Tq resepi nya ya.
Kakda menulis…Produk Jagaan Muka 100% Berasaskan Bahan Semulajadi, NutriWhite
Hahahaha..sebab tu masak waktu raya je. Sebabnya Kak Dill tak berapa nak rajin..kekekeke
Baru nk cuba…. thanks
Baru nk cuba ptg ni…hrp2 jadi la…kalo tak, hampe le kite….nk buat buka puasa plk tu….
Bhn yg takde sawi je…takpe la kot…
In sya Allah kita update result ye….
Anyway thanx so much for sharing the recipe…
🙂 🙂 🙂
Resepi ni untuk brpa org makan..kalau untuk tmpahan dlm 20bgkus cm mna nk gandakn resepiye…tq
Baru nk Cuba. Smga berjaya utk diri sndri. Trma kasih share resepi ni.
Nak cuba la nanti..nmpk sedap je..hehe
Dah cuba..Mmg sedap tp x buat sambal sbb hubby x mkn udang.
Mi kari special ni, siap dengan sambal udang. Yummy
Resepi Mudah menulis…Resepi Mee Kari Sedap Dan Simple
Alhamdulillah..sedap..baru cuba tadi.tq mama qaireen..selamat berpuasa
nak cuba laa utk buka puasa nanti 🙂
alhamdulillah dah cuba resipi, untuk jamuan anak.. terima kasih
rasa nak cuba.. resepi ini nampak sedap.Jazakillah
Macam mana pun resepi mee kari itu tetap saya akan cuba memasak di rumah cuma tambahan rempah jawa akan saya adunkan bersama jangan marah ye biasalah nak puas hati makan kalau dapat merasainya…
terimas kasih atas resepinya, sesuai sangat prepare untuk berbuka bulan puasa nanti =)