Hari ni saya nak share resepi yang mudah dan sesuai untuk dimakan seisi keluarga. Baby atas 1 tahun pun dah boleh makan sup ayam sayur campur ni. Senang, semua bahan dalam 1 mangkuk.
Ada ayam dan juga sayur. Sesuai untuk ibu2 yang nak cepat dan banyak kerja. Makan sup ni dengan nasi panas, mau tambah 2 pinggan gak anak2 kta.
Resepi sup ayam sayur campur ni senang je. Tak banyak pakai bahan pun. Yang penting masakan ni daripada rumah. Bagus untuk anak2, sebab saya pun tak guna “pak aji” 😉
Jom tengok bahan2nya.
Bahan – Bahan :
Bahan A
2 biji bawang merah (hiris)
2 biji bawang putih (hiris)
2 cm halia (hiris)
Bahan B
2 biji bawang merah (ditumbuk)
2 biji bawang (ditumbuk)
1/4 sudu teh lada hitam (ditumbuk)
Bahan – Bahan lain :
1/4 ekor ayam (potong kecil2)
Air 1 mangkuk
Kulit Kayu Manis
Bunga Lawang
Buah pelaga
Sayur Campur (ikut suka)
Sup Bunjut / Perencah Sup
Garam
Cara Memasak :
- Panaskan minyak, lepas tu tumis bahan2 yang di hiris sehingga naik bau. Selepas itu masukkan pula kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
- Masukkan bahan2 yang ditumbuk dan biarkan sedikit garing.
- Masukkan air bersama2 dengan ayam dan sup bunjut / perencah sup. Biar sehingga mendidih.
- Masukkan pula sayur
- Akhir sekali masukkan garam secukup rasa
Untuk rasa yang lebih sedap, boleh tabur bawang goreng dan daun sup. Siap untuk dimakan.
BACA : Resepi Sambal Sardin Goreng Sedap
Semoga dengan resepi ni, membuat anda bersama family happy dan kenyang. Jika anda rasa resepi ni menarik atau memudahkan kerja anda. Jemput2lah share di FB atau di mana sahaja.
Sharing is Caring gittu 🙂
______________
Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?
Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.
Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!
Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
COD : KFC Medan Gopeng
Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)
Suka tengok brokoli tu..sedap sangat, attract anak2 makan lagi