Aktiviti saya waktu pagi dirumah memang padat. Bila anak dah bangun, kami akan sarapan sekali. Duduk satu meja, makan dan kadang2 suka gak dengar Qaireen menyembang waktu tu. Tapi kalau dah banyak sangat cakap, mama akan cakap…”makan sampai habis dulu, kalau tak..mama tak nak dengar apa yang Qaireen cakap” Tu dia…baik punye ugut.

Hari ni lain sikit aktiviti. Lepas makan, kami seperti biasa sidai baju sama2. Sambil Hasya “tolong” angkut baju  dan mama kena kutip balik untuk basuh semula..hehe.

 

tanam pokok dan main pasir

 

Tapi hari ni, lepas sidai baju mama ajak anak2 untuk tanam pokok dan main pasir bersama. 😉

Kebetulan ada daun pandan, opah Qaireen Hasya yang bagi. So apa lagi? Kami pun mulakan ler aktiviti menarik kami.

BACA : 10 Permainan Murah Tingkatkan Motor Skill Kanak – Kanak

 

Macam biasa anak2 memang over excited kalau bab aktiviti dekat luar rumah ni. Mula2 saya ambil tanam hitam dan tanah baja. Saya campur dan gaulkan dalam 1 bekas besar. Bekas mandi baby (Qaireen punye) yang dah tak pakai..hahaha.

Tapi yang lebih menggaul bukan saya. Si budak kecil Korea tu yang paling busy sekali.

tanam pokok dan main pasir

 

Tengoklah gelagat dia. Sibuk nak menolong, tapi kalau bab bergambar pun boleh tahan juga. Saya curi2 nak tangkap gambar dia. Tiba2 dia buat muka malu & peace pulak..hohoho…kantoi sudah.

IMG_2896

Awwww..cekcinye anak mama ni 😉

Bila dah siap gaul dan dah sebati tanah tu, saya pun masukkan tanah2 tu ke dalam pasu. Tapi “malangnye” ada PA pulak yang baik hati nak tolong masukkan tanah dalam pasu. Ok silakan PA mama.

tanam pokok dan main pasir

Hasya mula nak kaut tanam dan masukkan dalam bekas yang Qaireen pegang tu.

 

IMG_2898

Tapi Qaireen bertindak lagi laju, dia ambil je sendiri semua tanah tu. Kalau tunggu Hasya 5 jam pun tak siap2..hahaha.

 

IMG_2899

Dua2 muka puas bila tengok tanam makin banyak dalam pasu bunga. Si budak kecik Korea tu siap jerit2 lagi sebab excited sangat tengok tanah hitam. Selalu pasir laut warna putih kan..hehe.

Bila pasu dah 3/4 penuh, saya pun tanamlah daun pandan. Yang ni sori tak de gambar. Sebab kami bertiga busy main pasir dekat pasu. Tangan semua orang dah hitam. So tak dapat tangkap gambar.

Bila dah siap tanam, kami pun siramlah pokok tu. Inilah hasilnye…taraaaaaa……

tanam pokok dan main pasir

Harap2 eloklah hidup. Jangan merajuk udah daun pandan. Lepas ni nak masak nasi lemak senang sikit. Boleh ambil daun pandan dekat luar rumah je.

Ehhh macam2 lagi kegunaan  daun pandan ni. Nak buat air sirap atau gula letak daun pandan. Wangi sikit. Nak buat kuih pun boleh. Tapi kena rajin sikitlah..kena kisar daun tu dan ambil pati tersebut untuk jadikan warna. 100% semulajadi gittew.. 🙂

Ok, sekian sahaja aktiviti kami hari ni…esok2 mama dan anak2 nak main homemade playdoh pulak..

Babai.

 

 

 

**********

Anda Berminat Untuk Menjadi Pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!

 

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

Dilla Jalil (facebook)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

 

Tagged with →  
Share →

2 Responses to Tanam Pokok Dan Main Pasir Bagus Untuk Kemahiran Motor Kanak-Kanak

  1. Eva Heart says:

    Bestnya nampak si kecil main tanah
    Eva Heart menulis…Masalah Berdengkur Semasa KehamilanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge