Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dah lama saya tak bercerita tentang susuibu. Hari ni tergerak nak bercerita semua. Dulu sebelum Hasya lahir, saya selalu juga pergi ke rumah ibu dalam pantang untuk membantu mereka. Biasanya saya akan ajar ibu2 ni menyusukan baby dengan betul. Melihat cara mereka dukung baby, lekapan dimulut baby tu betul atau tidak, ajar teknik marmet atau perah susu guna tangan dan macam2 lagi.

teknik marmet

Teknik Marmet / Perah Susu Guna Tangan

Terus terang saya katakan, saya sendiri pun dah lama tak buat teknik marmet ni. Anak pun dah 2 tahun, so nak marmet ke apa lagi kan? hahaha. Teknik marmet ni kalau anda lakukan dengan betul, senang sangat susu nak keluar. Picit sikit keluar, picit sikit keluar.

 

teknik marmet

Teknik Marmet / Perah Susu Guna Tangan

Gambar tahun lepas. Hasil marmet yang saya dapat sebanyak 4oz. Alhamdulillah tak sampai 10 minit dapat banyak ni. Ok lah kan? Siapa nak bagi. Syukur dengan apa yang Allah berikan.

Masa mula2 dulu, saya pun tak pandai juga. Tapi bila dah biasa..lama2 jadi best pula. Senang kalau anda tahu macam mana nak buat. Mana tau kot2 nanti pam tertinggal, so anda boleh perah guna tangan je.

Daripada menanggung bengkak susu..seksa wehhhh…sakittt!

Ok, sekarang kita berlajar cara2 teknik marmet atau perah susu guna tangan dengan betul.

Macam Mana Nak Memulakan Teknik Marmet?

Sebelum anda memulakan teknik marmet, pastikan tangan anda bersih terlebih dahulu. Selepas tu, lakukan urutan bagi memastikan proses perahan berjalan dengan lancar.

Mengurut

Tekapkan payudara menggunakan tuala kecil yang telah direndam dalam air suam. Kemudian, urutlah payudara dengan mengikut langkah2 seperti berikut :

Massage

Dengan menggunakan jari telunjuk dan tengah, lakukan gerakan membulat dari hujung ketiak hingga ke areola. tangan kanan mengurut payudara kiri manakala tangan kiri mengurut payu dara kanan.

Stroke

Dengan menggunakan kelima2 jari tangan, tekan payudara secara lembut. Selain daripada itu, anda boleh “mengikat” payudara menggunakan sikat yang bergigi lebar dari bahagian hujung ketiak ke areola

Shake

Dengan posisi tubuh yang condong ke hadapan, goyangkan dada anda secara lembut. Dengan cara ini daya graviti yang terhasil akan membantu merangsang pengeluaran susuibu.

Memerah

Langkah 1.0

marmet

1) Buat pegangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1sm daripada aerola, manakal jari telunjuk dan jari tengah diketakkan bawah aerola (kedua2 jari berfungsi menampung bawah payudara) memandangkan payu dara setiap ibu adalah berbeza anggaplah payu dara anda seperti jam.

Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari yang lain berada di posisi jam 6

marmet

2) tekan payudara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan jari tengah tadi.

3) seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah bagi menggalakkan pengeluaran susu ibu daripada puting. Kemudian lepaskan dan ulang semua dengan melakukan pergerakan picit – lepas, picit – lepas.

4) ualng langkah 1 -2 sehingga aliran susu berkurangan.

 

marmet

5) kemudian pindahkan posisi ibu jari ke arah jam 11, 10, 9, 8 dan 7 manakala jari telunjuk dan tengah ke arah jam 5, 4,3,2 dan 1. Lakukan gerakkan memerah sama seperti langkah 1 -4 supaya kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya.

6) tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpanan yang bersih.

7) beralihlah ke payudara disebelahnya jika anda yakin sudah berjaya mengosongkan payudara.

Langkah 2.0

Melancarkan Aliran Susu

1) Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara lembut menggunakan kelima2 jari ke arah dada bermula daripada bahagian atas. Lakukannya dalam gerakan memutar. Tumpukan pada satu tempat (saluran susu) bagi setiap masa untuk beberapa saat sebeum beralih ke tempat lain.

2) Usap payudara bermual daripada bahagian atas hingga ke puting menggunakan sentuhan geletek. Teruskan pergerakan ini di mana ia dapat menenagkan anda dan seterusnya membantu melancarkan aliran susu.

Elakkan Pergerakan Ini!

=> Jangan picit puting payudara. Ini akan menyebabkan lebam

=> Jangan tarik puting kerana ia boleh merosakkan tidu payudara

=> Jangan geselkan tangan anda ke payudara kerana boleh menyebabkan melecet

Keseluruhan prosedur ini seharusnya dilakukan dalam tempoh 20 minit – 30 minit. Perah setiap sebelah payu dara antara 5 – 7 minit. Setelah itu, lakukan rutin urutan (massage, stroke dan shake).

Kemudian perah lagi setiap sebelah payudaa dalam 3 – 5 minit. Dan ulangi semua rutin urutan dan di akhiri dengan sesi pemerahan antara 2 – 3 minit bagi setiap sebelah payudara

Cuba praktikkannya, InsyaAllah membantu.

Apa yang penting jangan sesekali anda rasa stress atau anda cuba memaksa susu anda untuk keluar. Untuk percubaan pertama kali, mungkin akan kelihatan sukar dan penat.

Tapi kalau anda dah biasa, benda yang susah tentunya akan menjadi lebih mudah. Jika anda berada di hospital, minta tolong nurse ajarkan cara teknik marmet ni.

Saya dulu pun, masa mula buat..seksa gak. Tapi bila dah pandai, sekejap je susu dah penuh dalam botol.

Tips Sebelum Memulakan Teknik Marmet

  • Sandar dekat dinding sambil pejam mata
  • Lapangkan fikiran atau banyangkan benda2 yang menarik. Kalau saya, saya suka banyangkan saya berada di tepi pantai.
  • Gentel puting lebih kurang 1 minit
  • Bila puting dah mula mengeras, dan anda terasa seperti susu nak keluar. Cepat2lah marmet.

Pastikan anda juga menjaga kesihatan dan makan makanan yang berkhasiat. Ambillah apa2 suplemen untuk menampung sebarang kekurangan pada dalam badan. Minum air masak secukupnya. Sekurang2nya 2 liter sehari.

BACA : Tips Untuk Ibu Yang Mengepam Secara Eksklusif

Saksikan kisah saya sepanjang menyusukan Qaireen anak pertama saya. Alhamdulillah Qaireen minum susuibu selama 2 tahun 7 bulan. Hasya tak tahu lah bila nak stop?hehee. Harap2 janganlah sampai 4 tahun. Pengsan mak nak…. 🙂

 

Saya Peer Counselor Laktasi, Tapi Masih Buat INI from iReach HD on Vimeo.

Jika anda ada masalah berkaitan penyusuan, anda boleh hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552. InsyaAllah saya akan membantu sebanyak mana yang saya mampu.

Apa yang penting, semuanya bergantung pada diri sendiri. Kalau diri sendiri kata nak berjaya..maka berjayalah. Percaya akan kemampuan luar biasa yang ada pada diri anda sendiri.

Setiap hari set dalam fikiran tu.. “susu aku cukup untuk anak aku”. Saya yakin anda boleh berjaya! 😉

Lihat dalam video tu, baba Qaireen & Hasya yang garang pun dah jadi lembut..hehee..(pandai baba berlakon jadi garang).

 

 

_________________________________________________

**********

 

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

Tagged with →  
Share →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge