Hubungan suami isteri jika ingin lebih erat dan lebih mesra, kita haruskan sentiasa tolong – menolong, bersenda gurau, jalan berpimpin tangan dan macam – macam lagi. Tapi tugas seorang isteri ni mencabar, dengan kerja di pejabat pastu kerja di rumah. Nak pula tangan jenis sensitif pada sabun. Bila dah setiap hari basuh pinggan, dengan sendirinya tangan mesti akan jadi kasar betul tak?
Cuba bayangkan tengah seronok nak bermanja – manja bersama suami tiba – tiba suami cakap.. “Ehh..kasarnya tangan awak ni, kering sampai nak berdarah..dah macam pegang tumit kaki pulak”
Perghhhh..tersentap tak anda bila suami tegur tangan kasar dan kering seperti itu?
Orang perempuan ni semuanya nak cantik dan sempurna. Sekali kena teguran seperti tu, memang boleh buat muncung 12 meter panjangnya. Oleh yang demikian, selain dari menjaga kecantikan wajah, benda – benda mudah seperti tapak tangan juga kita kena jaga. Jangan sampai suami tak nak pegang tangan anda pula.
Kebiasaannya tangan kasar dan kering ini tidaklah menjadi satu masalah yang besar, namun jika dibiarkan ia boleh menyebabkan bertambah teruk lagi. Anda akan rasa gatal – gatal dan akan berdarah dibahagian pelipat jari – jari tangan anda. Malah tapak tangan anda juga akan menjadi sangat sensitif sehinggakan anda akan berasa amat pedih bila memegang benda panas atau sedang makan makanan yang pedas.
Sebab – Sebab Tangan Kasar Dan Kering
Ada beberapa faktor yang menyebabkan kulit dan tapak tangan anda menjadi kasar dan kering.
1) Cuaca
Pada umumnya kulit tangan akan menjadi lebih kering sekiranya musim sejuk kerana kelembapannya sangat rendah ketika itu
2) Penyaman Udara
Sekiranya anda sentiasa duduk dan bekerja di dalam bilik yang mempunyai penyaman udara, kulit anda lebih mudah kering berbanding mereka yang bekerja di luar pejabat.
3) Mandi Dengan Air Panas
Mandi dengan air panas amat bagus dan dapat menghancurkan lapisan lemak dipermukaan kulit. Tetapi, lemak tersebutlah yang akan melembabkan kulit anda. Selain itu juga sekiranya anda gemar berenang, klorin yang terdapat di dalam kolam renang juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering.
4) Sabun
Sabun juga mengakibatkan kehilangan lapisan lemak dan air pada kulit. Dengan kandungan yang banyak kimia ia mengeruhkan lagi keadaan kulit anda.
5) Sinaran Matahari
Sinaran matahari yang baik hanya diwaktu pagi sahaja, tetapi pada zaman sekarang ni. Sebaik – baiknya selepas pukul 10 pagi kurangkan lah berjemur.
6) Penyakit Ekzema
Sekiranya anda salah seorang yang mempunyai ekzema, maka kulit anda sememangkan perlu penjagaan rapi dan anda juga perlu menggunakan sabun tertentu untuk menjaga kulit anda daripada terus kasar dan kering.
Tips Mengatasi Masalah Kulit Tangan Kasar Dan Kering.
Adakah anda sanggup membiarkan tangan anda terus begitu. Pernah tak anda alami kesukaran untuk “cop tangan”. Contohnya nak buat passport, kad pengenalan, urusan bank, urusan kerajaan dan lain – lain lagi. Pihak terbabit sukar mendapat imbasan dari ibu jari anda. Saya juga pernah mengalami peristiwa begitu. Selepas cop saya terpaksa tandatangan pula di tepi cop ibu jari saya.
Kalau pergi ke bank bertambah susah. Sampai teller kena panggil officer untuk sahkan maklumat peribadi saya.
Tapi itu dulu, sekarang Alhamdulillah semuanya dah berubah. Apa yang saya buat? Ok sebelum saya cerita dengan lebih lanjut apa yang saya guna, saya akan kongsikan bersama tips – tips lain untuk anda.
1) Kurangkan “Bermain” Air
Sekiranya anda sering membasuh tangan anda, kurangkan penggunaan sabun yang mempunyai bahan kimia. Sabun akan membuatkan kulit anda kehilangan kelembapan.
2) Gunakan Cream Pelembap
Pastikan anda menggunakan Cream Pelembap dan sapukan pada kulit dan tapak tangan anda setiap kali selepas mandi.
3) Kurangkan Penyaman Udara
Lakukan aktiviti sihat seperti bersenam. Kurangkan duduk di dalam bilik atau di rumah tanpa membuat sebarang aktiviti.
4) Minum Banyak Air Masak
Air masak amat diperlukan oleh tubuh. Pastikan anda minum air masak sekurang – kurangnya 2 liter setiap hari.
5) Jaga Pemakanan
Pastikan anda mengamalkan cara pemakanan yang berkhasiat. Banyakkan sayur – sayuran dan buah – buahan.
6) Cara Saya Dengan Mengamalkan Pencuci Yang Mesra Alam & Cream Semulajadi Tanpa Paraben.
Dish Wash Concentrate
Sabun cuci pinggan yang amat saya gemari. Hanya gunakan beberapa titik sahaja. Pencuci pinggan Dish Wash Concentrate ni sangat pekat dan boleh tahan lama.
Tahukan anda?
- Sesetengah pencuci pinggan mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
- Kedua – dua bahan tersebut boleh merangsakan kulit dan mata.
Keunikan Dish Wash Concentrate
Keunikan Shaklee
Selamat
- Tidak toksik
- Hipoalergenik
- Tanpa klorin
- Lembut pada tangan anda
- pH seimbang
- Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan
- Amat berkesan menanggalkan minyak
- Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
- Buih sabun yang tahan lebih lama
Mesra Alam
- Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
- Mudah biorosot
- Tanpa fosfat
- Tanpa bahan pewarna
- Bungkusan yang boleh dikitar semula
- Selamat untuk sistem septik dan pembetungan
Testimoni Pengguna Dish Wash Concentrate
Gambar Peribadi Saya
Saya menggunakan Dish Wash Concentrate untuk membasuh botol susu.
Herbal Blend® Multi-Purpose Cream
- Krim yang telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah – pecah pada lutut, siku dan tumit kaki
- Dingin, bermentol dan tidak berminyak
- Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary
- Tanpa paraben
Testimoni Herbal Blend® Multi-Purpose Cream
Saya sendiri gunakan Cream ini untuk anak – anak saya. Kebetulan anak no 2 saya berkulit sensitif dan mudah berpeluh. Bila berpeluh dia akan naik ruam. Setiap hari saya akan sapukan Cream ini dileher dia untuk mengurangkan ruam naik dengan lebih banyak lagi.
Hebatkan 2 produk shaklee ni. Oleh itu jangan buang masa lagi, bertindak dengan lebih cepat. Jangan biarkan kulit tangan anda terus kasar dan kering. Lakukan sesuatu sebelum menjadi lebih parah atau suami mula rasa “tak selera” untuk jalan berpimpinan tangan bersama anda.
Hubungi saya SEKARANG JUGA! Dilla Jalil 017-5657552 atau klik sahaja icon di bawah.
ATAU
Sekiranya anda inginkan sebarang pertanyaan dan konsultansi berterusan secara PERCUMA sila hubungi saya. Ini kerana anda BERHAK untuk dapatkan LAYANAN ISTIMEWA daripada saya. KHAS UNTUK CUSTOMER SAYA SAHAJA.
Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)
Dilla Jalil (Facebook)
017 – 5657552 (whatsapp /sms)
admin@mamaqaireen.com (e-mail)
COD : KFC Medan Gopeng
Sesuai untuk mereka yang kulit tangan sensitif.
Betul tu, selalunya wanita ni lebih tertumpu pada kulit wajah sampai terlupa pada tangan sendiri.
haa..dengar tu isteri-isteri sekalian. hehe..
Suami pun boleh tolong isteri basuh pinggan dan kemas rumah kan? hehee
Tak pernah trpikir pun yag tgn pn kena penjagaan rapi.tp lepas nie memang kena amik brat jgak la.tq for info
penting! sebab setiap hari isteri akan pegangn dan bersalaman dengan suami 😉
Carikan asisten agar membantu tugas istri mengerjakan semua tugas ibu rumah tangga.
wildan menulis…Perbaikan Kulit Malam Hari
hehehe..kannnn, mesti best kalau ada asisten. Siap pakej lipat kain kalau boleh..kekeke….
Orang dulu2 kata tangan kasar nanti mertua sayang..ye la, pandai & rajin buat kerja katanya..hihihi…
Maz Jamal menulis…Tips Mudah Atasi Masalah Kulit Tangan Kasar Agar Kembali Halus Dan Mulus