Cuti sekolah tahun ni kami suami isteri dah berbincang nak bawa anak2 ke Universal Studio Singapore (USS) untuk reward mereka. Especially untuk Qaireen, kesian tengok dia, pagi pergi sekolah agama , petang pulak sekolah kebangsaan, malam mengaji. Adiknya si Hasya pula sebab tak sabar2 nak tengok Minion depan mata.

 

Cara Mudah Ke Universal Studio Singapore Dengan Anak Kecil Dan Bajet

Nak tahu cerita suka duka kami sepanjang bercuti? Nah saya share serba sedikit tips2 macam mana nak ke sana dengan anak2 dengan bajet yang paling minimum supaya 1 family boleh enjoy tanpa ada perasaan menyesal.

Baca perlahan2 sampai habis k 😉

Day 1 – Dari Ipoh (Ahad 19hb Mac 2017)

Kami bertolak jam 10am dari rumah, macam biasa en. suami akan stop dekat R&R Tapah untuk breakfast. Kami sampai di Klang lebih kurang dalam pukul 1pm.

Jam 4pm adik saya Melissa hantar kami 1 family ke KLIA. Kami dah check in melalui web siap2. So senanglah, tak perlu nak beratur panjang dekat KLIA tu. Hanya check in untuk beg sahaja.

Cara Mudah Ke Universal Studio Singapore Dengan Anak Kecil Dan Bajet

Alhamdulillah perjalanan sungguh mudah, cumanya dekat Johor dah hujan. Sebelum nak touchdown tu, memang bergoncang tak hingatlah flight. Mama muka menten senyum sokmo, Hasya tengah tidur lena (syukur Alhamdulillah), tapi masalahnya si Qaireen. Dia memang dah pucat sangat2 sampai pejam mata dan tutup telinga.

Sampai di Airport Senai, saya ambil Grab Car untuk ke Hotel kami. En suami rancak bersembang dengan Abang Grab ni. Siap deal balik nanti pun kami nak ambil dia juga. Senang kan? Tak payah nak search bagai.

Cara Mudah Ke Universal Studio Singapore Dengan Anak Kecil Dan Bajet

Peramah orangnya, penyokong kuat JDT ni..hehe

 

Malang tak berbau, badan Qaireen tiba2 panas. So kami minta Abang Grab tu singgah mana2 kedai untuk beli Kool Fever. Sampai je di hotel, En suami terus check suhu badan Qaireen. Rupa2nya dah 39.9 suhu dia. Aduhhh..esok nak gi USS, tapi demam panas pula!

Konon2 lepas mandi nak keluar cari makanan, tapi terpaksa batalkan hasrat kami tu. Saya paksa dia mandi dan terus bagi ubat demam dengan minum air PD + Nutriferon. Lepas tu suruh dia ambil 2 bji Chew Vitamin C. Tengah malam kul 3am bagi makan ubat demam lagi. Alhamdulillah subuh tu dah turun 37.4

Syukur…..

Day 2 – Dari Johor ke USS (Isnin 20 Mac 2017)

Seawal pagi kami semua bangun. Qaireen lepas mandi dah mula ceria, nak berjalan punya pasal kan? Mau tak ceria?

7.15am kami berkumpul di hadapan Tune Hotel. Dekat situ dah penuh dengan bas untuk ke USS. Masa tu rasanya ada 6 bas untuk ke sana. En suami jumpa dengan ejen kami untuk ambil tiket dan slip untuk diserahkan sewaktu di Imigresen Singapore nanti. Isi siap2 sebelum naik bas, kalau tak jenuh kita nak tunggu dekat Imigresen Singapore.

 

Cara Mudah Ke Universal Studio Singapore Dengan Anak Kecil Dan Bajet

 

Lebih kurang dalam pukul 8am bas pun bergerak. Ngam2 bas bergerak, hujan lah pula. Maka sia2lah sun block yang saya bawa.

Kalau korang naik bas ke USS, pastikan korang ingat korang naik bas apa tau. Kalau nak senang, tangkap gambar bas dan no plat sekali. Takut tercari2 pula nanti dekat Imigresen tu.

Cumanya naik bas ni, letih sikitlah. Nak pula kita ada anak kecil. Mula2 kita kena turun bas untuk ke Imigresen Malaysia (yang ni cepat dan senang).

Lepas tu naik bas balik dan bila dah sampai Woodland kena turun balik untuk cop di Imigresen Singapore. Udahlah kami pergi USS pagi Isnin. Kau bayangkan berapa ramai orang? Orang nak pergi kerja punyalah ramai ya ampunnnn…….

Lepas dah cop semua, terus cari bas yang kami naik tu. Nasiblah bas kami bas kecil. Tak lah susah nak cari. Bila nampak bas besar kita boleh abaikan je. Hanya fokus dekat bas kecil je.

Peringatan! :

  • Tak boleh tangkap gambar di Imigresen Singapore
  • Jika anda merokok, 1 kotak je boleh bawa. Jika lebih denda SD250 sekotak

Perjalanan lebih kurang dalam 45min. Bila dah sampai di Pulau Sentosa, bertambah turun pula suhu badan Qaireen. Terus 37 pagi tu. Hahaha..lawak betul. Rupa2nya dia takut sangat masa dalam flight. Sian anak ku.

Bas kami parking dekat basement. Bila kami naik atas terus nampak Globe Universal Studio. Mama dah tak tentu arah nak bergambar. Tapi hujanlah pula. Nak redah anak baru je baik demam. So tangkap dari jauh jelah.

Cara Mudah Ke Universal Studio Singapore Dengan Anak Kecil Dan Bajet

Petang tu pukul 6.50pm kami semua kena berkumpul semula dekat tempat kami turun pagi tu. Bas jalan tepat kul 7pm.

Perjalanan balik memang bercinta. Anak2 memang tertidur dah sebab 1 hari kan berjalan, lepas tu kena turun 2x untuk cop Imigresen. Bertambah lagi penat mak ayah ni, semua barang kena bawa sekali tau. Udahlah kami ni banyak membeli belah.

Sebab Qaireen dah besar kan, kami kejut je si kakak ni, tapi Hasya punyalah tidur lena. Apa lagi? En suami lah yang kena dukung Hasya heheheh, saya pula angkut semua barang. Letih betul buat benda ni. Nasihat saya, kalau korang ada bag plastik ikea warna biru tu. Korang bawa jelah. Nanti semua barang masuk dalam tu, senang sikit dekat imigresen.

Tapi kalau tak banyak shopping, tak pelah. Abaikan bag plastik ikea tu..hehe..

 

Tips Sebelum Masuk USS Bersama Anak Kecil

1.0 Sila Ambil Maps

Lepas je pintu masuk tu korang boleh ambil. Memang ada banyak. Bila ada maps ni, senanglah sikit korang nak ke mana2 seperti :

  • Surau
  • Kedai Makanan (bukan semua makanan Halal tau)
  • Tandas
  • Smoking Area
  • Tempat Nak Bersuka Ria 🙂
Cara Mudah Ke Universal Studio Singapore Dengan Anak Kecil Dan Bajet

Sorry..maps & senarai show dah macam “belacan” sebab tekun membaca..hahahaha..

2.0 Senarai Persembahan

Bila ada senarai ni, korang boleh bajetlah pukul berapa nak bawa anak2 tengok show. Macam anak2 saya dari Ipoh memang nak melayan Minion, Sesame Street, Madagasar & Shrek je. So kami tak lah terkejar2 sangat.

Memang tujuan bawa anak2 ke USS nak bagi diorang happy je.Tapi nasiblah Hasya ni tinggi, so banyak juga yang dia boleh main. Ride yang super extreme memang kami tak naik. Even roller coaster yang kecil pun kami tak naik. Anak2 takut.

Paling best sebab datang hari Isnin. Tak ramai orang pun. Bayangkan masa pergi Madagascar & Sesame Street hanya beratur 5 minit sahaja. Shrek tak sampai 10 minit. Memang best sesangatlah. Sampai berlebih2 masa kami hari tu.

Tempat Makanan Halal Di USS

Ada 5 tempat yang korang boleh pergi.

  1. Mel’s Drive-In (sedap wehhh burger ni, order chilis tau)
  2. Marty’s Casa Del Wild Food Court (kami lunch dekat sini)
  3. Friar’s
  4. Goldilocks
  5. Oasis Spice Cafe

Nak cerita sikit pasal bab makan ni. Tiket 2 dewasa yang kami beli, kami dapat voucer SD5 untuk setiap SD20.

Cara Mudah Ke Universal Studio Singapore Dengan Anak Kecil Dan Bajet

Cara Mudah Ke Universal Studio Singapore Dengan Anak Kecil Dan Bajet

Dalam banyak2 makanan, nasi lemak juga Qaireen order. Nasiblah dekat Singapore. Kalau Jepun mana kamu nak cari nasi lemak anak oi. Hasya macam biasa, favorite dia spaghetti lah yang dia order.

Nasi Lemak & Nasi Briani kami kongsi 3 orang, sebab banyak betul. Rasa macam makan dekat US pulak 😉

 

BACA : Trip Ke Disneyland & Universal Studio Hollywood Bersama Shaklee

Surau Di Universal Studio Singapore

Surau USS

Jika nak menunaikan solat, surau ada disediakan. Korang kena pergi ke Ancient Egypt, lepas tu cari locker tempat simpan barang. Masuk tempat locker tu. Surau ada dekat belakang.

 

Benda Penting Yang Perlu Bawa Ke USS Bersama Anak Kecil

1.0 Pastikan Bawa Stroller

Nak berjalan dan bermain dari pagi sampai ke petang. Ada masa anak dah penat. So lebih baik korang bawa stroller. Idak pun korang boleh juga sewa dekat sana. Tapi macam bergelong2 pula saya tengok tayar stroller tu. Nak senang cite, korang bawalah sendiri dari rumah..hehe.

2.0 Kipas Kecil

Nak pula yang bawa baby, kalau kena waktu panas terik. Kesian anak2 kita, berpeluh2 tau. Teringat masa 1st time gi USS masa Qaireen umur 11 bulan. Ya Allah sian sangat tengok dia. Last2 kami beli kipas bateri dekat sana. Harga sendiri mau ingat.

3.0 Bawa Biskut & Botol Air

Kalau budak2 lapar, ada benda boleh mereka kunyap2. Saya letak dalam handbag je. Memang dia orang check, tapi macam main2 je dia orang punye check.

Botol air tu penting. Kalau air dah habis, korang isi je air dekat drinking fountain, memang ada banyak di USS. Air mineral dekat Singapore mahal, usahlah beli. Cari yang free je. Jimat gitu.Cara Mudah Ke Universal Studio Singapore Dengan Anak Kecil Dan Bajet

4.0 Bawa Duit Lebih Untuk Shopping Mainan

Yang ni siap sedia jelah. Budak laki kalau masuk tempat transfomers mesti nak beli robotkan? Sila sediakan wang secukupnya..kalau nak bajet, SD30 – SD50 pun cukup. Kena pandai pilih masa membeli. Beli yang pakej untung sikit macam beli 3 barang SD30, 2 barang SD30.

Macam t-shirt biasa orang dewasa dalam SD30 – SD35. Budak2 SD20 – SD25 atau kadang2 tu ada pakej sekali dengan topi. Pandai2lah bajet.

Macam saya anak perempuan 2 orang. Ya Allah selagi ada anak patung semua nak beli. Lepas tu baju, topi, mug, dan segala bagai semua nak beli. Kau rasa??? Orang pompuan memang banyak betul nafsunya.  *pitam*

5.0 Sun Block & Topi

Disebabkan USS ni bukan semua tempat berbumbung, ada baiknya bawa sun block dari rumah siap2. Dekat sana pun ada jual. Tapi macam tak berbaloi pula beli dekat sana.

Topi tu penyelamat waktu panas dan hujan. Tapi kalau tak nak bawa topi pun tak pa. Dekat USS memang banyak jual topi. Bila lagi anak2 nak melaram dengan topi baru? 😉

6.0 Pakaikan Kasut Yang Selesa

Pastikan anak2, mak dan ayah pun pakai kasut yang selesa. Sebabnya kita nak berjalan happy2 dengan anak2 kan? Pakai pula kasut baru, kaki melecet. Aduhhh stress tu, potong mood nak bergumbira bersama family.

7.0 Baju Yang Nipis

Kalau bawa anak kecil, saya galakkan anak2 pakai baju yang nipis atau jenis cotton. Janganlah pakai baju tebal2, berbulu2, jubah, baju kurung. Ish tak sesuai langsung nak ke sana pakai macam tu. Bukan hari raya atau pergi kenduri. Kesian dekat budak2, panas betul bila tengahari tu. Tak pasal naik ruam2 pula.

Macam saya kebetulan pagi tu hujan dan sepanjang hari mendung. Lepas tu saya saja bawa spare cardigan untuk anak2, takut mereka sejuk dalam bas waktu pagi & malam.

8.0 Ubat, Suplemen & Kool Fever

Biar kita bersiap sedia daripada sebarang kemungkinan yang berlaku. Macam Qaireen kan tiba2 je demam. Nasiblah kami bawa semua tu. Bagi minum air PD banyak2, cepat sikit turun panas dalam badan. Mak ayah pun bagus minum air PD ni. Lagi bagus tambah dengan cinch tea & nutriferon. InsyaAllah ceria sepanjang hari.

9.0 Bawa Monopod

Ni pun sama penting juga. Barulah best nak bergambar. Kami lupa nak bawa, so memang susah jugalah nak bergambar 1 family. Muka kami je masuk dalam camera, pemandangan tak masuk..sedih.

 

Cara Mudah Ke Universal Studio Singapore Dengan Anak Kecil Dan Bajet

 

Total Bajet Kami 1 Family

1.0 Grab Dari Airport Senai ke Hotel

  • RM35 sehala
  • RM45 masa balik, sebab singgah pi makan Kacang Pool Haji dekat Larkin

Nasiblah abang Grab Car tu sporting. Redha je layan kami satu family.

2.0 Tiket Ke USS

RM640 (ikut pada kadar pertukaran wang semasa)

  • Tiket Dewasa : RM230 x 2 = RM460 
  • Tiket Kanak2 : RM180 (4-12 tahun)
  • Hasya baru 3 tahun 7 bulan = FOC

Termasuk :

  • Tiket Full Access
  • Bas pergi balik (JB – USS – JB)
  • Voucher Makanan SD5 (tiket dewasa sahaja yang dapat voucer ni)

Lepas tu saya add on RM40 untuk tempat duduk Hasya dalam bas. Saya order dekat ejen tu je, senang cerita.

Saya pergi hari Isnin, memang tak ramai orang. Best sangat sebab tak perlu nak beratur panjang, maksimum dalam 15 minit je. Kalau korang nak pergi hari Sabtu atau Ahad. Saya cadangan korang beli Tiket Universal Express. Senang sikit tak perlu nak beratur panjang. Kalau dengan anak kecil memang perlu kesabaran yang amat tinggi.

Kalau korang beli Universal Express tu, muka bangga je korang potong line sebelah. Beratur panjang ni bermaksud korang kena beratur minimum 30 minit ye, bukan 3 minit.

Korang boleh beli dekat pintu masuk. Harga SD30 untuk sekali ride, SD50 untuk semua yang ada lambang Universal Express seperti di atas.

3.0 Hotel

Hotel Di Johor 3D2N : RM170 x 2 = RM340

Yang ni ada sedikit menyesal, kalau beli sendiri lagi murah. Tapi tak palah, dia pun nak bisnes gak. Bisnes apa yang tiada untung kan? Korang nanti cari je hotel sendiri k. Lebih mudah tidur di Tune Hotel atau cari yang berhampiran dengan Tune Hotel. Senang nak naik bas pagi tu dan balik hotel waktu malam. Dah malam penat nak berjalan jauh.

4.0 Makan

Lunch memang kami nak cari nasi sebab pagi tu tak sempat breakfast. Nasiblah Anak2 makan biskut dalam bas. Sekurang2nya tak lah perut kosong.

Lunch

  • Nasi Lemak Ayam SD15
  • Nasi Briani Ayam SD15
  • Spaghetti SD10

Total makanan kami SD40, kami hanya bayar SD30 sahaja. Tolak voucer SD10 (2 tiket dewasa)

Minum Petang

Dari Ipoh saya dan en suami rindukan burger dekat sana. So kami pilih Mel’s  Drive In Burger. Hasya lebih suka Chili Burger berbanding Cheese Burger. Mama juga yang untung dapat makan banyak. Kekeke….

  • Saya – Double Cheese Burger
  • En. Suami – Chili Burger
  • Qaireen – Sundae Choc
  • Total : SD33.50

Sorry lupa nak ambil gambar sebab tak sabar2 nak makan.

5.0 Shopping

Korang ikutlah bajet korang berapa banyak nak shopping 🙂

 

Itu sahaja perkongsian saya untuk korang semua. Cuti bulan September nanti bolehlah bawa anak2 pergi sana. Pergi hari Isnin macam saya juga. Tenang je jiwa dan raga..hehehehe….

Saya ambil ejen SyoknyaTravel. Tapi kalau korang google PakejUSS harga sama gak dengan yang saya ambil. Memang ramai je ejen yang buat trip JB ke USS ni.

Lupa pula, dalam masa nak berseronok ni, pastikan korang ambil suplemen yang secukupnya. Barulah syok nak berjalan. Tak lah sakit badan. Kawan2 kami yang satu bas semua dah terlepok kepenatan. Kami suami isteri Alhamdulillah ceria sokmo gitu. Padahalnye anak kami paling kecil, kami yang paling banyak bawa barang.

Semoga dengan tips yang saya share ni boleh memberi manfaat kepada korang dan family. Kalau korang rasa artikel ni banyak info, jemput2lah share di FB dan Tag lah kawan2.

Sharing is Loving…

 

Next cuti sekolah kami nak ke Legoland pula InsyaAllah..yehhhhh…

 

 

******

 

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

dilla jalil@gmail.com (e-mail)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Share →

14 Responses to Cara Mudah Ke Universal Studio Singapore Dengan Anak Kecil Dan Bajet

  1. Tinie Badri says:

    Gaya shopping tu banyak bebenor, confirm best sgt ni.. tq sharing..tak sabar nak pegi

  2. Fatin says:

    Flight ticket x share pun kos..hehe..bape ye?

    • MamaQaireen says:

      Flight kena beli waktu ada promo atau free seat baru best. Saya beli lewat. Sebulan sebelum bercuti baru nak beli. Campur tax, kedebuk, kedebak untuk 4 orang dalam RM600

  3. athirahassin says:

    Thanks sharing.. sgt detail.. bookmark terus blog akak

  4. Hi. Nice sharing tentang pengalaman anda. 🙂 Silakan juga melawat page saya, LOVE TRAVEL di fb.com/lovetravel86 . Kami ada jual tiket-tiket menarik pada harga PROMOSI seperti USS, SEA AQUARIUM, GARDEN BY THE BAY, NIGHT SAFARI, MADAME TUSSAUDS, SINGAPORE ZOO dan banyak lagi pada harga special. Contohnya USS pada harga SGD68 atau RM218 sekarang.. Servis lain ada seperti Singapore City Tour, Bus Rental & Private Transportation Service. Berminat boleh lah contact saya. Thanks ! JESSICA, +6012-7760219 LOVE TRAVEL >>> fb.com/lovetravel86
    Jessica Abdul menulis…JAN 2017’s Singapore Travel & Entrance Tickets Promotion !My Profile

  5. Thenewsia says:

    Thanks sharing. Boleh start kumpul duit dah ni
    Thenewsia menulis…Semakan Keputusan STAM 2017 OnlineMy Profile

  6. Teringin nak pergi ke Universal Studios Singapore. Tengah fikir sama ada nak pergi bila, mungkin lepas raya kot.

  7. EMA says:

    Saya akan ke sana pd sabtu 3 nov 2018 rasa tak sabar nk ke USS

  8. Nisha Ghani says:

    Salam Kak. Thank you for sharing this. Kak nak tanya, ejen ke USS akan gunakan ejen apa ya? Thank you Kak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge