Assalamualaikum,

Anak2 semakin membesar? Tapi tidak tahu bagaimana nak jadikan anak2 kita seorang yang rajin mengerjakan solat? Sebagaimana yang kita semua tahu, sebagai umat Islam ibadat solat adalah wajib hukumnya.

Kewajipan kita sebagai ibubapa adalah mengajar mereka solat sesudah mencapai usia 7 tahun. Malah kita juga boleh memukul (pukulan yang tidak mencederakan) sekiranya mereka tidak mahu solat apabila mereka berusia 10 tahun. Ini ada disebutkan dalam sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud:

“Perintahkanlah anak-anak kamu mengerjakan sembahyang sewaktu mereka itu berumur tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkannya sewaktu mereka itu berumur sepuluh tahun”. (Hadis riwayat Abu Daud)

Tetapi bagaimana kita nak mengajar anak rajin solat jika kita sendiri pun malas untuk solat. Betul tak? Opsss! (maaf ye, mulut laser sikit).

 

mengajar anak rajin solat
Semoga 11 tips yang saya dapat dari bacaan saya baru2 ini boleh sama2 kita praktiskan kepada anak2 kita.

11 Tips Mengajar Anak Rajin Solat Dari Kecil

1.0 Biasakan Anak Mendengar Laungan Azan

Sejak usia bayi lagi biasakan anak mendengar laungan azan yang berkumandang di masjid berhampiran rumah atau dari televisyen. Berhenti bercakap atau melakukan aktiviti lain sebaliknya beri tumpuan kepada suara azan. Secara tidak langsung anda menunjukkan contoh kepada si kecil bahawa mereka mesti menghormati laungan azan.

2.0 Ajar Anak Berdoa Selepas Habis Azan

Anak kecil sangat cepat mengingati apa yang diajar setiap hari. Mereka berupaya untuk menghafal doa yang anda bacakan setiap hari. Oleh itu rajinlah membaca doa selepas azan setiap kali selesai mendengar laungan azan. Anda pasti terkejut apabila satu hari kelak anak boleh lancar membaca doa tersebut yang hanya didengari daripada anda setiap hari.

3.0 Didik Solat Dari Bayi

mengajar anak rajin solat

Dia nak solat juga, tapi fesyen apa tak tahu lah? Kepala tutup, bawah tak tutup.. LOL

Siapa kata bayi tidak boleh diajak solat bersama. Anda boleh mula mengajak si comel bersolat bersama keluarga. Bawa sekali anak dalam solat dengan cara mendukungnya. Ia boleh dilakukan sama ada oleh ibu atau ayah.

Rutin ini akan mendedahkan anak tentang waktu bersolat dan dia pasti akan bersedia untuk solat bersama. Jika dia sudah semakin besar, letakkan anak di sebelah anda ketika bersolat.

Percayalah, anak tidak akan mengganggu anda sebaliknya akan mengikut pergerakan anda bersolat.

4.0 Ajar Anak Mengambil Wuduk

Jika si kecil suka mengikut anda mengambil wuduk, biarkan sahaja. Jangan marahkannya sebaliknya anggap ia sebagai satu proses pembelajaran anak. Bahkan lebih berkesan sekiranya anda boleh menampal cara-cara mengambil wuduk secara bergambar di pintu bilik air supaya ia memudahkan anak mengikutnya.

5.0 Biasakan Anak Mendengar Bacaan Dalam Solat

Dengarkan anak dengan bacaaan dalam solat anda, dan membaca kuat sedikit ketika bersolat. Anda juga boleh membacanya ketika di luar waktu solat. Jika selalu mendengarnya tidak mustahil anak anda cepat menghafalnya.

 

BACA : Dulu Lembab Kini Cemerlang Dalam Peperiksaan Sekolah

6.0 Solat Berjemaah

mengajar anak rajin solat

Solat berjemaah dengan Qaireen & Hasya. Diorang bukan nak berdiri dekat belakang. Tapi nak berdiri sebelah mama juga. Hehe

Amalan solat berjemaah dengan keluarga diakui petua berkesan mengukuhkan ikatan kekeluargaan. Oleh itu ajak anak solat bersama jika boleh pada setiap waktu solat. Kebiasaan ini akan menjadi benteng tarbiah terkuat dalam diri anak akan keutamaan mengerjakan solat berjemaah terutama bagi anak lelaki.

7.0 Ajar Anak Berwirid Bersama

Biasakan anak anda mendengar bacaan wirid, tasbih dan tahmid selepas bersolat. Awalnya dia mungkin tidak memberikan sebarang respon tetapi lama kelamaan anak akan seronok berwirid sama.

8.0 Berdoa Untuk Anak

Berdoalah untuk kebaikan anak anda. Sebut namanya dan mohonlah doa supaya dia menjadi anak yang baik, anak yang soleh/solehah, rajin belajar, rajin menolong ibu dan ayah. Tentu sahaja mereka akan berasa gembira kerana ayah menyebut namanya dalam doa tersebut.

9.0 Berikan Anak Pujian

mengajar anak rajin solat

Setiap kali lepas solat, mama akan peluk dan kiss. Pastu Qaireen mesti tanya, mama doa apa tadi? 🙂

Kanak-kanak memang suka dipuji. Oleh itu jangan lupa memuji kelakuan baik mereka yang rajin bersolat dan dapat mengerjakan solat dengan betul tanpa bermain. Ia dapat menyuntik semangat mereka untuk terus bersolat dengan tertib.

10.Tegur Kesilapan Solat Anak

Sekiranya anak melakukan kesilapan ketika bersolat, tegur kesilapan tersebut selepas selesai berdoa. Teguran biarlah secara berhemah iaitu meminta anak jangan mengulangi kesilapan tersebut sambil diiringi dengan sedikit pujian.

11. Amalkan Doa Surah Ibrahim Ayat 40 (14:40)

mengajar anak rajin solat

Amalkan doa dari surah Ibrahim ayat 40 setiap kali selepas solat dan sebelum tidur. Minta daripada Allah agar menjadikan diri kita dan anak-anak kita sebagai hamba yang sentiasa mengerjakan solat.

 

Diharap dengan adanya 11 tips hebat ini, InsyaAllah kita semua akan menjadi ibubapa yang terbaik untuk anak2 kita.

Jika anda rasa tips ini boleh dijadikan perkongsian untuk ibubapa lain, sila2 lah share di FB atau di Blog.

Sharing si Caring gittew 😉

Salam Sayang daripada MamaQaireen

 

 

 

*******

______________________________

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

dillajalil@gmail.com (e-mail)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

Tagged with →  
Share →

One Response to 11 Tips Mengajar Anak Rajin Solat Daripada Kecil

  1. titan says:

    ya.

    bukan mudah tu.

    tapi jangan mudah putus asa.
    titan menulis…Komisen ke 55 dan 56 dari Ashadee.comMy Profile

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge