Dunia semakin canggih zaman sekarang ni, ramai kanak2 bahkan bayi lagi sudah didedahkan dengan gadgets. Jangan terkejut jika saya katakan, ada kanak2 yang dah mula masuk ke sekolah tetapi masih tidak tahu cara untuk memegang pensil. Tangannya seperti kaku untuk menulis.

Tahukah anda, cara memegang pensil dengan betul banyak mempengaruhi pembelajaran anak2 kita.

Rasanya tiada seorang ibu pun nak melihat anak2 menjadi kaku. Semua ibu inginkan anak yang bijak dan pandai, betul tak?

 

cara memegang pensil dengan betul

 

Kesian dekat anak kita, cuba bayangkan kanak2 yang berusia 5 tahun masih tak reti untuk menulis? Malah memegang pensil pun tak boleh.

Sistem pendidikan kita sekarang ni tak macam dulu. Sekarang semuanya advance dan semuanya nak cepat. So guru2 akan expect yang anak murid sudah boleh membaca dan menulis dengan lancar bila dah masuk darjah 1.

Zaman kita dulu lainlah kan? Saya sendiri darjah 1 dulu tak reti nak eja nama sendiri. LOL.

Kita dulu (saya lahir tahun 1982) masa pergi sekolah main getah, main cop tiang so memang happy tak ingatlah. Masuk darjah 1 baru nak belajar menulis dan membaca, kita less pressure.

cara memegang pensil dengan betul

Masa tadika lagi “hebat” main je kerjenye. Saya dulu masuk tadika umur 6 tahun. Tapi Zaman sekarang? Kalau tak masuk 4 tahun mereka mesti ketinggalan. Qaireen pun mula ke tadika sewaktu 4 tahun. Kesian tengok dia, paling seksa nak bangun pagi.

Lagi mengejutkan saya, zaman pendidikan sekarang ni. Pada bulan Mac 2015 yang lepas saya nak daftarkan Qaireen dekat 1 sekolah ni. Nama sekolah terpaksa dirahsiakan lah demi menjaga keselamatan semua pihak 😉

Bayangkan Qaireen kena ambil exam BM, BI & Math sebelum daftar nak masuk darjah 1. Bila dah lulus exam tersebut barulah boleh daftar untuk darjah 1.

Biasanya ibubapa daftar dulu, nanti dah masuk darjah 1 baru ambil exam kan? Haaaa kali ni kena ambil exam dulu. Lihatlah zaman sekarang.

Maknanya semua murid darjah satu tahun 2017 nanti dah boleh membaca dan menulis. Perghhhhh..kesian anak2 kita.

Disebabkan expectation zaman pendidikan skrg ni sangat2 tinggi, so budak2 akan sedikit tertekan sekiranya mereka masih belum mencapai requirement tersebut.

Mereka akan mula rasa rendah diri bila tengok orang lain dan tentunya akan membandingkan dengan diri sendiri. Mereka akan merasa rendah diri bila mereka lambat menyalin apa yg ditulis oleh Cikgu di white board.

Apabila dah tertekan, mereka mulalah tak suka ke gi sekolah. Depression, unhappy dan macam2 lagi.  At the same time kita sebagai parents pun akan jadi stress juga.

Tentu anda tak sangka rupa2nya cara memegang pensil dangan betul pun boleh mempengaruhi pembelajaran anak2 kita.

Malangnya ramai parents yang tak perasan betapa seriusnya hal ini. Impact yg dirasai boleh mempengaruhi perkembangan anak2 kita. So hari ni saya akan kongsikan bersama agar parents akan lebih alert lagi on this matter.

Kita bersiap sedia dan mula untuk support anak2 kita seawal yang mungkin bagi memudahkan dia di masa akan datang.

Gambar Kredit to rosmahanibakalcikgu.blogspot.com

2

Ilustrasi Definisi Operasi bagi Postur Genggaman dalam Urutan Pembangunan (Sumber: Schneck & Henderson 1990)

Jenis – Jenis Genggaman Seperti Rajah Di atas :

(a) genggaman jejari silang tapak tangan;
(b) genggaman supinate tapak tangan;
(c) genggaman pronate digital, hanya jari dilanjutkan;
(d) genggaman berus;
(e) genggaman dengan lanjutan jari;
(f) genggaman ibu jari silang;
(g) genggaman tripod statik;
(h) genggaman empat jari;
(i) genggaman tripod lateral;
(j) genggaman tripod dinamik.


Genggaman jejari silang tapak tangan


Genggaman supinate tapak tangan


Genggaman dengan lanjutan jari


Genggaman ibu jari silang


Genggaman tripod statik


Genggaman empat jari

Genggaman tripod lateral


Genggaman tripod dinamik


Genggaman thumb tuck


Genggaman thumb wrap


Genggaman broken type


Genggaman lain-lain

Macam2 jenis genggaman rupa2nya kannn? Rupa2nya cara yang betul pegang pensil adalah seperti ini.

cara memegang pensil dengan betul

Bukannya seperti gambar dibawah ni. Seseolah memberi tekanan kepada jari2 kita.

cara memegang pensil dengan betul

So lepas ni kita bolehlah ajar anak kita cara memegang pensil dengan betul supaya mereka rasa seronok untuk pergi ke sekolah.

Sekian sahaja, sharing is loving…xoxo

Anda mungkin juga berminat dengan entry ini :

>>> IQ Kanak – Kanak Tinggi Bila Rapat Dengan Ayah (klik sini)

>>> Dulu Lembab Kini Cemerlang Dalam Peperiksaan (klik sini)

*********

Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!

 

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

Dilla Jalil (facebook)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat berbisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

Tagged with →  
Share →

4 Responses to Cara Memegang Pensil Dengan Betul Mempengaruhi Pembelajaran Kanak-Kanak

  1. titan says:

    memang kena ajar dari awal agar kat sekolah nanti..tak kekok nak menulis.

    pening kepala bila nak betulkan semula cara diorang pegang pensel ni.
    titan menulis…Yeo’s Sitkom Blog ContestMy Profile

  2. Ros says:

    Ros pernah baca, kita tak perlu betulkan anak kecil bila diorg pegang cara cylindrical grasp.
    Biasanya ibubapa selalu nak betulkan cara anak pegang, terus suruh anak pegang cara tripod grasp.
    Ros menulis…3 Cara Atasi Tekanan Darah Tinggi Agar Dapat Tengok Anak MembesarMy Profile

  3. surinah says:

    Atikal ini bagus, kadang-kadang ibubapa tidak perasan. Pengalaman saya mempunyai anak berusia 6 tahun yang mana sebelum ini anak saya boleh menulis dengan baik tetapi sejak kebelakangan ini tulisan anak saya tidak sebaik dulu ini adalah pengaruh gaget yang menjadi dia lupa bagaimana memegang pensil dan kekok menyebabkan tulisannya tidak cantik. Pantaulah anak-anak kita supaya dia dapat menulis dengan baik.

Leave a Reply to Ros Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge