Assalammualaikum dan selamat berpuasa.

Tak lupa kepada semua bapa2 saya ucapkan Happy Father’s Day. Bulan puasa yang lalu adalah kali pertama saya buat puding roti sis kastard. Sebab masa tu mmg azam nak masak macam2 untuk berbuka.

Lagi pun puding ni mmg favorite baba Qaireen & Hasya. So semalam saya pun masaklah..konon2 nak celebrate Baba’s Day 😉 (awal sehari dari orang lain)

 

puding rotiLihatlah, gebu dan melelehnya sos kastard tu….opss! 🙂

Actually saya dah banyak kali buat puding roti, tapi dalam banyak2 puding..saya rasa resepi yang ni paling sedap, gebu, bila gigit rasa puas, sos yang lazat, kurang manis dan macam2 lagi lah..hahaha..so tak sabar2 saya nak share resepi ni. Resepi lama di blog lama saya.  

Ohhh ye, lupa pula nak bagi tau. Saya masak guna pemanggang ajaib. Pemanggang  ajaib ni mmg ajaib sungguh..semua benda boleh masak.

Tips nak buat puding roti sos kastard sedap ialah rotinye….

Pastikan anda guna roti seperti dibawah ni, boleh beli di mana2 kedai roti, Tesco, Jusco, Giant dll.

puding roti

1) jangan guna roti biasa yang sudah siap di potong macam roti gardenia tu. Sebabnya puding tidak akan gebu. Nanti bila dah masak akan jadi leper dan padat. Bila gigit tak puas gittew..hehe.

2) untuk kurangkan manis, anda boleh gunakan roti gandum. Lagi pun roti ni lebih sihat dan bagus untuk kesihatan.

Bahan – Bahan Puding Roti Sos Kastard Sedap :

puding roti

  • Roti
  • Susu Segar
  • Gula (tiada dalam gambar)
  • Telur
  • Buttercup
  • Tepung Jagung
  • Esen Vanilla
  • Susu Cair
  • TepungKastard
  • Kismis

 

Cara – Cara :

Bahan – Bahan A)

puding roti

Potong roti besar2 seperti gambar di atas

puding roti 5

Rendam roti dengan 3 cawan susu segar. Untuk seketika.

Tak perlu sehingga melimpah. Jika susu terlalu banyak, nanti puding roti akan jadi lembik

Bahan – Bahan B)

Blend bahan – bahan sehingga kembang. (saya nak cepat, so saya blend je) 😉

puding roti

4 Sudu Besar Gula

2 Biji Telur Saiz A

2 Sudu Besar Buttercup

1 Sudu Teh Tepung Jagung

1 Susu Teh Esen Vanilla

Cara – Cara Untuk Memasak :

1) Susun bahan A ke dalam penganggan ajaib. Susun rapat2 pun tak pe.

2) Masukkan pula bahan B dan tabur kismis sebelum tutup pemanggang ajaib.

3) Masak dengan api yang pelan selama 30 minit. Lepas tu biarkan penutup selama 15 min.

** Tips penggunaan pemanggang ajaib :

guna bahagian yang licin, jangan guna bahagian untuk panggang ayam. Nanti puding akan jadi hitam. Ala2 nak panggang roti plak jadinye..hehe.

puding roti

Saya buat 2 lapisan..mula2 letak bahan A, bahan B, tabur kismis dan saya ulangi semula dengan meletakkan bahan A, bahan B dan akhir sekali saya tabur kismin lagi sekali.

Nanti bila dah masak, kismis tu akan berada juga ditengah2 puding. tak lah membazir di atas je.

puding roti

Bila dah siap masak, macam ni lah rupe bentuk parasnye. Tak berapa nak cantik kan..meh sini mama makeup dengan Nutriwhite..hahaha (main2 je ok)

Cara Membuat Sos Kastard Sedap :

Serius cakap bukan senang jugalah nak buat sos kastard ni. Pertama kali buat terhangit sikit, kali ke 2 buat udah terpekat pula, pastu termanis sangat pula. Last2 yang ni baru dapat yang superb sedap sehingga kalau tertumpah sikit pun sayang! (melampau2 plak) 😉

puding roti

1 Tin Susu Cair

2 Sudu Besar Tepung Kastard

2 Sudu Besar Gula

Masukkan susu terdahulu, lepas tu tepung dan akhir sekali baru gula. Gaul atau kacau (saya panggil kacau je) dengan api yang sangat pelan dan tanpa henti. Bila bahan2 tu dah sebati atau kelihatan sedikit pekat. Anda boleh tutup api. Masa dah tutup tu angkat dan letak di tempat sejuk. Takut berkerak dibawah.

Tak perlu tunggu sampai mendidih bagai, sebabnye kita bukan nak masak air panas.(cakap pada diri sendiri, masa mula2 buat saya nak tunggu sampai mendidih) LOL!

** Kesilapan saya yang dulu :

  • masukkan gula dahulu ==> gula cepat cair dan periuk akan jadi hangit, sos pun rasa hangit
  • malas yang gaul, gaul ala2 main2 je ==> so berkerak ditepi periuk

 

Bila semuanya dah siap..maka siaplah sudah Puding Roti Kastard Sedap di abad ini 🙂

Petang ni boleh lah buat. Senang dan cepat dimasak. Bahan2 pun senang nak cari. Dekat kedai runcit pun ada jual.

Selamat Mencuba.

 

Anda selalu penat di bulan puasa?

>>> Kekal Bertenaga Sepanjang Berpuasa (klik sini)

Lain2 info sepanjang bulan Ramadhan :

>>> Cara Solat Tarawih Di Rumah Bagi Wanita (klik sini)

>>> 5 Cara Melatih Kanak – Kanak Berpuasa Agar Ceria Sentiasa (klik sini)

 

 

Sekiranya anda rasakan entry ini berguna dan bermanfaat. Silalah share untuk perkongsian bersama.

Sharing Is Loving

 

 

************

 

Anda berminat untuk menjadi pengedar Shaklee?

Dengan kualiti produk yang terjamin, saya memerlukan pengedar untuk memenuhi keperluan di setiap pelusuk negeri termasuk negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Hubungi saya Dilla Jalil 017-5657552 jika berminat menjadi pengedar, kehadiran anda amat dialu – alukan!

 

Pengedar Sah Shaklee Ipoh Perak : Dilla Jalil (Shaklee ID 852451)

017 – 5657552 (whatsapp /sms)

admin@mamaqaireen.com (e-mail)

Dilla Jalil (facebook)

COD : KFC Medan Gopeng

Anda nak buat bisnes shaklee? saya akan ajar pelbagai RAHSIA group kami. (sila klik)

 

Tagged with →  
Share →

4 Responses to Resepi Puding Roti Sos Kastard Sedap, Bersama Gambar Yang Lengkap

  1. azie says:

    Thanks for the recipe. Inshaallah i’ll try it soon.

  2. Syuhada says:

    Tq for the tips!! First time buat kastard sos jadi!. Happy sgt

  3. Hasmah says:

    Try resepi yg ni.. mmg menepati citarasa. Sblm ni dok try resepi mcm2 tp cam ada yg kurang je rasa. Maceh ya 😊

  4. Adira Arshat says:

    Aku try follow resepi ko ni beb..tapi aku pakai roti gardenia je sbb tu je yg ade kat umh ni..idok la gebu macm ko punya..hahahaa..tq babe..

Leave a Reply to azie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge